Rabu, 22 Disember 2010

Le Tour De' Sinai 2011 [TURSINA '11]

Sempena dengan cuti musim sejuk yang akan menjelang tiba, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan menganjurkan program Le Tour De' Sinai 2011 [TURSINA '11]. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi Pengarah Program TURSINA '11, Ustaz Nor Salam [011-6722397] atau Ketua Unit Promosi dan Pendaftaran TURSINA '11, Ustaz Aidil Alif Abd Majid [015-21172766]. 

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

                           Tarikh             :          14,15 dan 16 Feb 2011
                           Bayaran          :          260LE sahaja

BKPJM amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua mahasiswa, baik daripada kuliyah pengajian Islam mahupun daripada fakulti sains kesihatan.

***Tempat adalah terhad. Hanya peserta yang mendaftar awal akan diutamakan.



Rabu, 8 Disember 2010

Silibus Hafazan Al Quran Bagi Sesi 2010/2011


Pengumuman!

Universiti Al-Azhar Mesir telah mengekalkan silibus hafazan Al-Quran sebanyak 1 juzu’ bagi setiap tahun. 

Berikut adalah skema hafazan bagi subjek Al-Quran:

Pelajar Luar Negara bagi yang bahasa pertuturan negaranya bukan Bahasa Arab,

No
Tahun pengajian
Silibus hafazan Al-Quran sesi 2010/2011
1
Tahun satu
1 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
2
Tahun dua
2 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
3
Tahun tiga
3 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
4
Tahun empat
4 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah

Slilibus hafazan Al-Quran sesi 2010/2011.

Disediakan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan BKPJM.

Selasa, 30 November 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIJ

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama delegasi daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sempena kedatangan mereka ke sini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
                                       Tarikh          :        5 Disember 2010 (Ahad)
                                       Masa           :         5 petang
                                       Tempat        :         Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah

Seluruh mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan dijemput hadir. Jamuan akan disediakan sebelum majlis bermula.

Sekian untuk makluman.

Ahad, 14 November 2010

Sambutan Aidiladha BKPJM 1431H

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 10/11 akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H. Butiran perjalanan program adalah seperti berikut :

Penyembelihan Kali Pertama (Kambing Kacang)
Tarikh : 16 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama pelajar Johor Rabaah
Masa : 12.30 tengahari

Penyembelihan Kali Kedua  (Kharuf dan Lembu)
Tarikh : 17 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 7.00 pagi

 Majlis Sambutan Aidiladha 1431H
Tarikh : 17 November 1431H bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 2.40 petang
Tentatif :
2.40 petang : Azan Asar dan Solat Asar Berjemaah
3.10 petang : Majlis Bacaan Qasidah dan Burdah
5.00 petang : Solat Maghrib Berjemaah
5.30 petang : Ceramah Sempena Aidiladha 1431H oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Hanif Bin Naim
6.20 petang : Solat Isha' Berjemaah
6.40 petang : Pengenalan AJKT & AJK HEWI BKPJM 10/11
                   : Ucaptama Yang DiPertua BKPJM 2010/2011
                           oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal
                   : Sesi Cadangan dan Muhasabah
                   : Jamuan

Jumaat, 12 November 2010

Sambutan Ulang Tahun BKPJM Ke-28

 Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan mengadakan majlis kesyukuran sempena Ulang Tahun BKPJM Kali Ke-28. Butiran Majlis Sambutan adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H

Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah

Masa : 5.00 petang

Tentatif :
1. Solat Maghrib berjemaah di Dewan APJR
2. Solat Hajat Perdana
3. Bacaan Doa Selamat
4. Tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Firdauz Noh, YDP BKPJM 2008/2009
5. Jamuan

Kehadiran semua ahli BKPJM amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Kebajikan Dan Perpaduan"

Jumaat, 8 Oktober 2010

Makluman Zakat Majlis Agama Islam Johor

Permohonan bantuan zakat Majlis Agama Islam Johor kini telah dibuka.

Borang permohonan boleh didapati melalui Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor atau pun di muat turun melalui laman sesawang Majlis Agama Islam Johor (link).

Bagi mahasiswa yang ingin memohon sambungan bantuan zakat, sila sertakan Tasdiq Kuliyah sesi 2010/2011.

Manakala bagi pemohon daripada kuliyah perubatan, sila sertakan terjemahan keputusan pengajian sesi lepas.

Maklumat lanjut boleh didapati di dalam borang permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2010.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor, Haji Ahmad Hanif Bin Haji Naim (+2 011-7952197) atau Yang Dipertua BKPJM, Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal (+2 014-3359855).end_of_the_skype_highlig

Ahad, 3 Oktober 2010

"Selagi Syawal Masih Ada"

Marhaban BKPJM akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober 2010 bersamaan 24 dan 25 Syawal 1431H. Marhaban yang bertemakan "Selagi Syawal Masih Ada" akan diadakan secara berperingkat.  Jadual perjalanan Marhaban ialah seperti di bawah :


3 Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431H

Kumpulan 1 (Kawasan Hayyu Sabi')
1. Rumah Ust Mohd Yazid Bin Aqil
2. Rumah Ust Syakirin
3. Rumah Ust Amin Al-Attas


Kumpulan 2 (Kawasan Hayyu Asyir)
1. Rumah Ust Nuruddin Zanki
2. Rumah Ust Saleh Maskob
3. Rumah UUst Mohd Qistas Mearaj

4 Oktober 2010 bersamaan 25 Syawal 14341H
Marhaban dimulakan di Rumah Ust Hanif)

Kumpulan 1 (Kawasan Hayyu Asyir + Rumah Pegawai)
1. Rumah Ust Khalid
2. Rumah Ust Mahbob
3. Rumah Ust Firdaus Omar
4. Rumah Ust Razlan

Kumpulan 2 (Kawasan Hayyu Thamin)
1. Rumah Ust Rosni Ali
2. Rumah Ust Irwan
3. Rumah Ust Majdi
4. Rumah Ust Azizul

Jumaat, 24 September 2010

MAKLUMAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR 2010/2011


TEL MALAYSIA : +6 012-7660 650
TEL MALAYSIA : +6 011-1915 5952
TEL MALAYSIA : +6019-7973 917
TEL MALAYSIA : +6013-2002 310

TEL MALAYSIA : +6013-7672 354


TEL MALAYSIA : +6 013-7467 192
TEL MALAYSIA : +6 019-6258 635

Sabtu, 18 September 2010

Pengumuman bagi Calon AJKT & HEWI sesi 2010/2011

Assalamualaikum,

Pada 18 September 2010 selepas solat Isyak di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah, pihak SPR telah mengumumkan calon-calon AJKT & HEWI BKPJM bagi sesi 2010/2011.



Sekian dimaklumkan. -aljauhar-

* Ralat : Muhamad Zulhilmie Bin Omar adalah pelajar tahun 1 Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah. Pihak SPR memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku.

Khamis, 9 September 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPJM 2010

Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM Tahun 2010 (MAT 2010) bakal menemui kita tidak lama lagi. Sudahkah anda bersedia menghadapinya? Bersama kita memeriahkan MAT BKPJM 2010 ini. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 September 2010 bersamaan 13 Syawal 1431H

Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah

Jumpa di sana !!!

Isnin, 6 September 2010

Penyerahan Wang Dana Ehsan BKPJM 2010

Hari       : Isnin
Tarikh   : 13hb September 2010M bersamaan 4 Syawal 1431H
Masa     : Program Lebaran Aidilfitri ( LESTARI )
Tempat  : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah


= Semua ahli BKPJM dijemput hadir. -aljauhar-



Senarai Penerima Wang Dana Ehsan BKPJM 2010 :

Khamis, 2 September 2010

Pengambilan Zakat Jamiyah Syariah Pada 7 & 8 September Ini

KAHERAH, 31 Ogos - Para penerima sumbangan Zakat Jamiyah Syariah peringkat kaherah hari ini boleh mengambil sumbangan tersebut seperti yang telah ditetapkan bagi negara Malaysia iaitu 7 & 8 September ini. Pengambilan bagi sesi pembayaran bulan Syaaban tersebut boleh di ambil di Masjid Syarbini, Haiyu Asyir.

Penerima diingatkan mengambil pembayaran pada tarikh tersebut dengan membawa Pasport serta nombor penerimaan bayaran untuk proses pengambilan. Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan Md Zain ketika menyebut perkara ini mengingatkan kepada seluruh penerima zakat Jamiyah Syariah supaya tidak mengabaikan pembayaran tersebut.

Beliau mengulas sedemikan setelah mendapat rungutan dari pihak pengurusan Jamiyah Syariah terdapat segelintir penerima yang tidak mengambil sumbangan. Sumbangan LE100 per bulan bukanlah nilai yang kecil bagi seorang mahasiswa. Ianya perlu disyukuri dan dihargai hasil usaha kerjasama diantara pihak PMRAM dan Jamiyah Syariah Pusat dalam membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan.

Sebarang kesulitan dirujuk terus kepada Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing. Sumber: pmram.org

Khamis, 12 Ogos 2010

Terkini dari UKTD

Perhatian kepada semua ahli BKPJM ;

1) Sekiranya ingin membuat aduan terhadap apa-apa sahaja masalah yang berkaitan dengan pengajian, ataupun layanan buruk dari mana-mana pihak boleh membuat aduan dengan mendapatkan Borang Aduan Mahasiswa melalui Unit Kebajikan dan Tabung Derma (UKTD) BKPJM.

2) Tarikh akhir bagi pungutan sumbangan Tabung Dana Ehsan BKPJM (TDEB) sesi 2010 ialah pada 20 Ogos 2010. Sumbangan selepas tarikh ini akan dimasukkan bagi sesi yang akan datang. Jadi bagi sesiapa yang belum menunaikan tanggungjawab, segera hubungi UKTD dengan kadar segera.

*Anda boleh berhubung melalui :
-> Ikhwah : Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal [+20117314298]
-> Akhawat : Nur Atiqah Roslin [+20147819970].

Rabu, 28 Julai 2010

Kepada Mahasiswa/wi Perubatan Mansurah

Perhatian kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Perubatan negeri Johor cawangan Mansurah,

InsyaAllah pada 29 Julai 2010, Pegawai Kebajikan Pelajar Johor, Tn Hj Ahmad Hanif dan wakil Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah akan ke Mansurah untuk urusan pelajar di Hotel Ramadah bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Bagi sesiapa yang hendak berurusan seperti urusan zakat, menghantar keputusan, dan lain-lain urusan, maka dipersilakan hadir ke lokasi yang telah ditetapkan.

Sekian.

Khamis, 15 Julai 2010

Tentatif The Second Annual Festival Of BKPJM 2010

18 JULAI 2010  (AHAD)

(MAHASISWA/WI)
Aturcara   -   Indoor Games (Ilmiah)
Waktu : Pagi dan Petang   
Tempat : Asrama pelajar johor rabaah.
Yuran : LE 1 bagi setiap seorang untuk 1 penyertaan (Penyertaan adalah terhad).

08.30 pg – 11.00 tgh    :“Who Wants To Be A Da’ie”
        - Penyertaan adalah terhad kepada 3 orang : 1 kumpulan
        - Bentuk pertandingan
  •  Pilihan jawapan
  • Teka Fatwa
  • “Win, Lost of Draw”
  • Islamic Puzzle
  • Map of al-Ardh
  • Pyramid Games
11.00 tgh – 1.00 ptg        :Hukumah VS Mu’aridhah ( bahas ala parlimen )
(Antara tajuk yang bakal dipilih untuk diperbahaskan) :
  • Cinta Islamik : sebelum kahwin atau selepas berkahwin?
  • Nikah semasa pengajian, atau selepas tamat ?
  • Mahasiswa berpolitik : Relevankah?
  • Tinggal di Asrama Pelajar Negeri, atau di rumah sewa?
  • Perpindahan ke Kaherah : Perlu atau tidak?
           - Penyertaan adalah terhad kepada 4 orang mahasiswa dan 4 orang mahasiswi sahaja)
           - Pemilihan tajuk adalah berdasarkan cabutan undi.

1.00 ptg – 2.00 ptg :Rehat dan Solat Zohor.

2.00 ptg– 3.00 ptg :Seni Pantun dan Anda (pertandingan balas pantun)
                                                            
5.00 ptg – 7.00 ptg : Forum
Tajuk : “Rehlah ke bumi Al Quds”
Panel 1 :  Ust Abdul Muin bin
Panel 2 :  Ustaz Farkhan bin Md Zain
Pengersusi :  Ust Aliffuddin bin Ramli

8.30 mlm – 10.00 mlm    : Majlis Perasmian Pembukaan AF ’10.
Oleh : Tn. Hj. Ahmad Hanif bin Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir)

10.00 mlm – 10.30 mlm    : Jamuan & majlis ditangguhkan

19 JULAI 2010  (ISNIN)

(MAHASISWA)
Aturcara   :  Olimpik Champion 
Waktu      :  Pagi dan petang                 -
Tempat     :  Mukhayam Daim ( hayyu sadis).
Yuran       :  Pendaftaran Le 5.00 (setiap seorang)
  
7:00 pg - 7.30 pg           : persiapan padang

7.30 pg - 8:30 pg           : pendaftaran dan pembahagian kumpulan

8:30 pg - 9:00 pg           : penerangan pertandingan

9:00 pg -1:00 ptg         : Acara balapan:
  • 100 miter
  • 200 miter
  • 4X100 miter
  • 400 miter
  • Tarik tali
  • Lompat tinggi
  • Lompat jauh
  • Lontar lembing
  • Lontar peluru
1:00 ptg-2:30 ptg          : Rehat, solat & makan

2:30 ptg-4:00 ptg          : Street Soccer ( bola sepak)

4:00 ptg-5:30 ptg          :  Bola tampar

(MAHASISWI)

Aturcara : Outdoor Games 
Waktu : Pagi dan petang      
Tempat : Nadi Syabab Hayyu Asyir dan APJ Rabaah.
Yuran : Pendaftaran Le 2.00 termasuk sukan (setiap seorang)

7:30 pg-8.00 pg : pendaftaran  peserta program

8:00 pg-8.20 pg : senamrobik

8:20 pg-8.30 pg : taklimat utk para peserta (penerangan&pembahagian kump.) - 25 org./kump.

8:30 pg-9.30 pg : sukaneka  (semua peserta terlibat)
  • minimarathon  1 (lari dlm. guni,gelek gelung rotan,tiup belon) -(5 org./kump)
  • minimarathon  2 (teng-teng,baling selipar,skipping,lari sebelah kaki,tiup belon)- (5 org./kump)
  • permainan tarik tali (15 org./kump) - (peserta-peserta yg.tidak terlibat dalam minimarathon 1 & 2)
9:30pg-10.30pg : Bola Tampar  (6 org./kump)

10:30pg-11.30tgh : Bola Jaring  (7 org./kump)
  • permainan Rounders (5 org./kump)

11:30 tgh : Berkemas pulang ke APJ Raba’ah.

2:00 ptg-2.30ptg : Kehadiran semua peserta di dewan APJ 4

2.30 ptg-5.30ptg : Indoor Games
  • EXPLORace ~ (5 org./kump).
  • badminton (beregu) ~ (2 org./kump).
  • ping pong (beregu) ~ (2 org./kump).
  • catur ~ (1 org./kump).
  • Scrabble ~ (2 org./kump)
  • lompat tali ~ (5 org./kump)
  • Sudoku ~ (terbuka)
  • puzzle ~ (terbuka)
  • rebut kerusi ~ (terbuka)
  • peraduan cari perbezaan ~ (terbuka)
5:30 petang : semua aktiviti sukan tamat, berkemas.

20 JULAI 2010  (SELASA)

( MAHASISWA/WI TAHUN 3 & 4)


Aturcara : Kolokium tahun akhir
Waktu : pagi dan petang 
Tempat : Dewan  APJ Rabaah.
Yuran : LE 5.00 (sijil,sarapan pagi)

8.00 pg-10.00pg :  "Persediaan Kerjaya"
Oleh : Syeikh Yusoff bin Ahmad (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah)

10.30pg-12.30tgh :  "Azhari dalam Institusi Agama Di Negeri Johor"
Oleh : Ustaz Ahmad Hanif bin Hj Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor)

1.30ptg-3.30ptg :  FORUM : "Realiti  Dakwah Di Malaysia"
Oleh : Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin (Mantan Presiden PMRAM 06/07)
          Ustazah Fitri Nurul Ain bte Nordin (Mantan AJK HEWI BKASM)

4.00ptg-6.00ptg :  "Motivasi & Pengalaman Kerja"
Oleh :  Ustaz Ishaq Othaman (Pegawai MARA Timur Tengah)

6.15ptg-7.45ptg :  "Azhari sebagai Pegawai Diplomatik"
Oleh :  En Shaiful Anuar bin Mohamad (Kuasa Usaha Sementara,KBMK)

21 JULAI 2010  (RABU)

(MAHASISWA)

Aturcara : Indoor Games
Waktu : pagi dan petang
Tempat : Dewan APJ Rabaah.

8.30pg–12.00pg : Sukaneka
                             - Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa.
                             - Antara yang menarik :
  •  Tenpin Boling Mesir.
  • Kereta Sorong
  • Don’t Drink and Drive.
  • 3 Kaki, 2 Kepala dan lain-lain.
 12.00tgh- 4.30ptg :  Ping Pong (Men’s Double) dan PES 2010
                                 - Kedua-dua acara dijalankan serentak.
                                 - Penyertaan Ping Pong (Men’s Double) adalah dibuka kepada 8 pasangan sahaja.
                                 - Penyertaan PES 2010 adalah dibuka kepada 16 orang pemain sahaja.
                                 - Peserta hanya dibenarkan memilih salah satu daripada dua acara di atas.
 
(MAHASISWI)


Aturcara : Jaulah Fayyum
Waktu : pagi dan petang
Yuran : LE 75.00 (Pengangkutan,makan tengah hari)
Tempat  lawatan : - Kincir ( As Sawaqi)
                            - Bahirah Qanun
                            - Qashru Qanun
                            - Ladang anggur
                            - Ladang mangga
                            - Ladang Matahari dan lain-lain

22 JULAI 2010  (KHAMIS)

(MAHASISWA/WI)

Aturcara      : Program Dewan
Waktu     :  Pagi, petang dan malam
Tempat     :  Dewan APJ Rabaah

8.30pg-10.30pg     :  Pembentangan Tesis Master . Oleh : Ust  Mohd Fairuz bin Tamjis
1.30ptg-4.30ptg    :  Hari Keluarga Bait Muslim  ( Mutazawijin sahaja)
                                - Usrah Bersama Abang Long (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor).
                                - Kuiz  :“Personaliti Pasanganku”.
                                - Pertandingan Bait Muslim.  (Antara yang menarik ) :
  • 3 kaki, 2 mata.
  • Isteri Hias Suami.
  • Gaya Si Comel.
  • Rebut gula-gula.
                                - Solat dan Jamuan.
  • Port Luck (bertukar-tukar makanan di kalangan mutazauwijin).

8.30mlm-10.30mlm    : Forum Bait Muslim dan Hisbah
          Panel 1:    Ust Mohd Anuar bin Mohd Kamal
          Panel 2 :    Ustz Maria bte Bakri
          Panel 3 :    Ust Nuruddin Zanki Hamzah

23 JULAI 2010  (JUMAAT)

(MAHASISWA/WI)


Aturcara   -   Program Dewan
Waktu :  Pagi dan petang
Tempat :  Dewan APJ Rabaah

3.00pg-4.00pg     : Qiammulail / surah Al-Kahfi

5.00ptg-7.00ptg    : Penyampaian Sanad Syamail Muhammadiah dan Hadis Musalsal Bil Awwaliyah.
                               Oleh : YBhg. Ustaz Masnor bin Hamzah

24 JULAI 2010  (SABTU)

(MAHASISWA)

Atucara    : Rehlah Tarbawiyah ke Ain Sukhnah
Waktu    : pagi dan petang
Tempat    : Pantai Ain Sukhnah
Yuran     : LE  65.00

7.00 a.m : Bertolak dari APJ Rabaah

9.30 a.m : Tiba di Pantai Ain Sukhnah

10.00 a.m -1.00 p.m : Aktiviti bermula
  • Arkitek pasir
  • Lanun-lanun
  • Tazkirah 1 minit
  • Sukaneka
  • BBQ
1.00 p.m.– 2.00 p.m : Makan  dan solat

2.00 p.m.– 4.30 pm : sukaneka / bola sepak pantai

4.30 p.m.– 5.00 p.m : Solat  dan minum petang

5.00 p.m.– 6.30 p.m : sukaneka / bola sepak pantai /aktiviri bebas

6.30 p.m : Bersiap dan pulang

(MAHASISWI)
       
Atucara    : Muslimah Hari Ini (MHI)
Waktu    : pagi dan petang
Tempat    : APJ Rabaah

25 JULAI 2010  (AHAD)

(MAHASISWA/WI)

Aturcara   -  Program Dewan
Waktu     : petang dan malam
Tempat    : Dewan APJ Rabaah

9.00a.m.-11.00 a.m    : Diskusi Kitab “ hal islam hual hal”
                                    Oleh : YBhg. Ustaz Mohd Azrul Bin Ismail

1.30p.m.-3.30p.m.    :  Slot bersama PMRAM

5.00p.m.-7.-00p.m    :  Forum “bersamamu BKPJM”
Panel  1 : YBhg.Ustaz Mohamed Fairuz bin Tamjis (YDP BKPJM 05/06)
Panel  2 : Saudara Firdauz bin Noh ( YDP BKPJM 08/09)
Panel  3  : Saudara Basir bin Mohamed (YDP BKPJM 09/10)
Pengerusi : Saudara Syed Miftahul Ulum bin S. Mustafa Kamal

Tentatif  Malam  penutup

8.30p.m. - 9.30 p.m : Majlis Perasmian Penutup
Oleh : Saudara Basir bin Mohamed (YDP BKPJM 09/10)          

9.30p.m-10.00p.m : Persembahan Nasyid Izdan

10.00pm.-10.30p.m : Majlis Penyatuan Pelajar
                                  Persembahan Kompang

10.30p.m.-11.00 p.m : Penyampaian Hadiah dan Slide Show

11.00 p.m : Jamuan dan bersurai

Selasa, 6 Julai 2010

Walimatul Urus Abul Husain Al-Hadi Bin Sa'ari & Shafiyah Nadiah Bte Mohd Razib

Assalamualaikum WBT. Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir dengan penuh rasa kesyukuran ingin menjemput semua ahli BKPJM bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan dua mempelai ahli BKPJM, Saudara Abul Husain Al-Hadi Bin Sa'ari & Shafiyah Nadiah Binti Mohd Razib  :

Tarikh : 9 Julai 2010 bersamaan 26 Rejab 1431H
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah
Aturcara majlis :
2.30 ptg - ketibaan pengantin
3.00 - 6.00 ptg - majlis

Semoga kehadiran kalian dirahmati dan diberkati Allah SWT. Jazakumullah Khairan Kathira.

Jumaat, 7 Mei 2010

Tabung Dana Ehsan BKPJM (TDEB)


MUQADDIMAH

Unit Kebajikan dan Tabung Derma (UKTD) merupakan salah satu unit yang bertindak sebagai saluran Badan kebajikan pelajar-pelajar johor di mesir (BKPJM) menghulurkan sumbangan kebajikan dan derma kepada ahlinya.

Menyedari kerja-kerja kebajikan merupakan di antara amalan soleh yang diperintahkan Allah di dalam islam,justeru UKTD berusaha memenuhi nilai-nilai murni ajaran agama ini sebagai salah satu pembawakan utama BKPJM.

Firman Allah S.W.T yang mermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah, (daripada orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan merka itulah orang-orang yang berjaya” -Surah At Taubah ayat 20

UKTD setakat ini hanya bergantung dengan kutipan wang khairat yang dibayar oleh ahli-ahli melalui yuran keahlian BKPJM, dan kutipan tabung derma kilat daripada ahli-ahli. Apabila menyedari bahawasanya dengan hanya bergantung kepada kedua-dua sumber ini, ianya tidak memadai untuk UKTD menyalurkan bantuan kebajikan kepada ahli yang memerlukan, perkara ini telahpun mendapat perhatian yang cukup serius oleh kepimpinan BKPJM 09/10, maka pada mesyuarat kali kedua sesi kenaikan baru BKPJM 09/10 satu resolusi telahpun disepakati oleh semua ahli mesyuarat iaitu dengan melaksanakan satu projek kebajikan yang diberi nama TABUNG DANA EHSAN BKPJM (TDEB).

Kita semua mengharapkan kepada Allah S.W.T, Mudah-mudahan dengan adanya Tabung Dana Ehsan BKPJM ini, ianya lebih memudahkan perjalanan BKPJM dalam menyalurkan kebajikan buat ahli-ahli johor yang berada di bumi mesir ini.

Akhirnya, diharapkan majlis pelancaran ini akan menjadi momentum kepada kelancaran pengumpulan Dana Ehsan dan juga dapat memberi penjelasan dan kesedaran kepada keseluruhan ahli tentang bertapa pentingnya kerjasama dalam mencapai matlamat ini. Sekaligus akan dapat menyuburkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan mendapat kebaikan kepada semua pihak.

PROJEK DANA EHSAN BKPJM

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka yang memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.” Surah al-Hasyr ayat 9

PENGENALAN DANA EHSAN BKPJMTebal
Menelusuri keindahan persaudaraan Muhajirin dan Ansar, terasa kerdilnya diri kita sebagai umat akhir zaman. Kemurnian akhlak dan ketulusan mereka berukhuwwah terpancar melalui sikap ithar mereka yang melebihkan saudaranya berbanding diri sendiri sekalipun diri mereka memerlukan. Bagaimana pula keadaan kita pada hari ini? Adakah wujud serendah-rendah martabat ukhuwah, iaitu berlapang dada, mahupun setinggi-tingginya, iaitu ithar dalam berukhuwwah?

Justeru, BKPJM sebagai persatuan yang menaungi anak-anak Johor di Mesir bertanggungjawab menghidupsuburkan semula budaya al Ithar ini dalam hati semua ke arah melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami konsep ithar, tadhiyah yang disarankan oleh Islam. Maka dengan itu, diwujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Dana Ehsan BKPJM dan diuruskan oleh Unit Kebajikan dan Tabung Derma BKPJM 09/10. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 06 Mei 2010 oleh Yang DiPertua BKPJM ,Saudara Basir bin Mohamed.

OBJEKTIF PENUBUHAN
  • Mentaqarubkan diri kepada Allah S.W.T. melaui konsep bantu membantu.
  • Menggalakkan ahli untuk melaksanakan dan memahami konsep ithar.
  • Menyemai sifat kebersamaan dan mempraktikkan konsep saling bantu membantu dikalangan ahli.
  • Membantu ahli yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan,zakat.pinjaman, mangsa musibah atau bencana dan mereka yang ditimpa kesusahan.
  • Mewujudkan ahli BKPJM yang prihatin terhadap hal ehwal kebajikan rakan seperjuangan.
  • Mengeratkan ukhuwwah dikalangan ahli.

SASARAN KEMASUKAN WANG
  • Semua ahli BKPJM yang mendapat bantuan zakat dan pinjama perubatan Majlis Agama Islam Negeri Johor.Kadar yang ditetapkan adalah LE 50.00 sahaja.
  • Semua ahli BKPJM yang turut ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.
SALURAN DANA EHSAN BKPJM
  • Bantuan kepada ahli BKPJM yang menimpa musibah, kemalangan, dan mereka yang ditimpa kesusahan mengikut kadar yang sesuai.
  • Bantuan kepada ahli yang mengalami masalah kewangan mengikut kadar yg sesuai.
  • Pinjaman kewangan kepada ahli yang memerlukan mengikut kadar yang sesuai.
  • Bantuan kewangan bulanan kepaad ahli yang mengalami masalah kewangan yg terlalu kritikal mengikut kadar yang sesuai.
  • Ahli BKPJM yang difikirkan layak menerima.
KRITERIA DAN SYARAT PENERIMA WANG TABUNG IHSAN BKPJM
  • Layak untuk semua ahli BKPJM yang :
  1. Tidak mendapat bantuan zakat dan pinjaman.
  2. Kurang berkemampuan (keluarga/penjaga).
  3. Pendapatan ibubapa kurang dari RM1000 dan mempunyai tanggungan yang ramai.
  4. Ahli BKPJM yang difikirkan perlu.
  • Mengisi borang yang disediakan dengan lengkap dan ditandatangani AJKT Unit Kebajikan dan Tabung Derma dan diluskan oleh Yang DiPertua BKPJM.
Ayuh bersama kita menunaikan hak kita dalam kita berukhuwwah. Dan ingatlah akan hadis nabi yang menyebut : “Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi diri sendiri”.

Rabu, 5 Mei 2010

Pelancaran Tabung Dana Ehsan BKPJM & Munajat Perdana 2010



Pelancaran Tabung Dana Ehsan dan Munajat Perdana BKPJM 09/10 akan diadakan pada 6 Mei 2010 bersamaan 21 Jamadilawal 1431 H bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah pada jam 7.30 malam. Justeru, semua pelajar Johor di Mesir dijemput hadir bagi mendokong dan menyokong usaha BKPJM untuk menyelesaikan masalah kebajikan pelajar yang berada di Mesir ini, khususnya pelajar Johor. Begitu juga, marilah kita bersama-sama bermunajat dan memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan kita dan sahabat-sahabat kita yang lain dalam suasana peperiksaan yang dipenuhi pelbagai masalah pengurusan.

Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit ini diterima Allah SWT dan dijanjikan ganjaran yang sebaiknya di akhirat kelak. Amin.

Selasa, 4 Mei 2010

Sayangi BKPJM


Sekian lama blog ini menyepi. Kesibukan bekerja dalam Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) justeru menambahkan lagi rasa cinta dan semangat untuk lebih menyumbangkan tenaga dan masa yang ada demi kebajikan mahasiswa Johor di Mesir. Semakin lama memegang amanah, semakin dalam jugalah kefahaman saya berkaitan organisasi BKPJM. "Tak kenal maka tak cinta", begitulah kata pepatah. Bahkan saya semakin mengenali BKPJM, semakin mencintainya. Banyak jasa BKPJM kepada mahasiswa Johor Mesir. Bermula dari kedatangan pelajar sehinggalah kepulangannya, begitu juga urusan-urusan kematian, semuanya diuruskan oleh BKPJM. Kira sahaja berapa ramai lulusan Al-Azhar yang terhutang budi dengan BKPJM.

BKPJM lahir hasil dari usaha dan titik peluh generasi Azhari terdahulu. Bermula pada tahun 1970 dengan sekadar suatu pertubuhan yang hanya bertugas mengagihkan derma yang digelar Tabung Dana Pelajar Islam Johor(TDPIJ), ia bertindak memenuhi keperluan pelajar Johor Mesir dengan mengadakan kelas-kelas tafaquh demi menjana kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Selain itu, TDPIJ mengadakan sambutan-sambutan perayaan dan hari kebesaran. Bermula tahun 1976, usaha TDPIJ mendapatkan sebuah Asrama untuk pelajar Johor dipergiatkan dengan menghantar rombongan untuk berjumpa Menteri Besar Johor ketika itu, YAB Dato' Abdul Ajib Ahmad. Bukan sekadar itu, usaha meminta sumbangan dari ahli, jemaah haji, dan rakyat Malaysia juga digiatkan. Hasil usaha tersebut, dapatlah kita mengecapi nikmat kewujudan Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin yang sekian lama dihuni dan dimanfaatkan oleh pelajar Johor sehingga ke hari ini.

Bermula 1982, TDPIJ digantikan dengan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir(BKPJM). gerak kerja BKPJM dimulakan dengan menyambut kedatangan Sultan Johor dan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ajib Ahmad untuk Majlis Perasmian Asrama Penuntut Melayu Johor(nama yang tercatat pada plak perasmian di Asrama Pelajar Johor H8). Selain itu, BKPJM juga menyampaikan permintaan ahli untuk mendapatkan peruntukan surau, dewan dan perpustakaan kepada YAB Dato' Abdul Ajib Ahmad.

Seterusnya, BKPJM menyambut kunjungan Rombongan Kerajaan Negeri Johor diketuai YAB Dato' Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor pada tahun 1988. 1989, BKPJM telah membantu Jabatan Penuntut Malaysia dalam memperbaharui urusan memperbaharui pengiktirafan sijil Maahad Johor di peringkat Universiti Al-Azhar.

Sejak itu, BKPJM tidak pernah lekang dari kerja-kerja menguruskan kebajikan pelajar-pelajar yang datang ke Mesir. Begitu juga, kunjungan demi kunjungan oleh Kerajaan Johor dari berbagai peringkat tidak sekalipun dibiarkan oleh BKPJM tanpa sambutan dan layanan yang terbaik yang mampu dihidangkan.

Kebelakangan ini, ahli-ahli BKPJM semakin jauh dengan BKPJM. Lupakah kita bagaimana BKPJM membantu kita ketika kita mula menjejakkan kaki di bumi Mesir ini? BKPJMlah yang menyediakan 'abang-abang lama' untuk membimbing kita dalam segenap aspek kehidupan di Mesir. BKPJMlah yang menyambut kita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. BKPJMlah yang menyediakan bagi kita penginapan yang cukup selesa, khusus untuk adik-adik baru. BKPJMlah yang menunjukkan jalan ke kuliah, dan BKPJM jugalah yang membantu menguruskan pelbagai urusan kuliah yang mencabar, lebih-lebih lagi berurusan dengan Arab Mesir yang pelbagai kerenah. Ketika kita ditimpa musibah, BKPJMlah yang menghulurkan bantuan, tidak kira dari segi kewangan ataupun dari sudut lain. Bagaimana akan kita temui sahabat sekampung sedaerah senegeri jika tidak melalui BKPJM?

Ingat sejarah kita. BKPJM dahulu hanya berfungsi mendapatkan dan mengagihkan derma. Ketika itulah, wujud permintaan untuk BKPJM melebarkan sayapnya dan menguruskan segenap aspek kebajikan pelajar, dari sudut tafaquh hinggalah sukan dan kebudayaan. Dari ketibaan pelajar hinggalah menyambut kunjungan rombongan kerajaan Negeri Johor, mahupun kepulangan pelajar. BKPJM cuba merealisasikan semua hasrat itu. Mungkin ada kekurangan, tapi itu bukanlah alasan untuk kita melupakan jasa-jasa BKPJM kepada diri kita dan generasi Azhari terdahulu. Ironisnya, generasi Azhari kini pula yang ingin mengembalikan BKPJM kepada takuk lama dengan menganggap BKPJM hanya tempat untuk mendapatkan zakat. Saya bimbang generasi Azhari terkemudian akan lupa sejarah kita dan seterusnya membawa BKPJM berpatah balik dari kemajuan kepada kemunduran. Benarlah kata-kata Tunku Abdul Rahman, "kita perlu merenung kembali sejarah kita, kerana jika kita tidak melihat ke belakang, kita tidak akan tahu apakah kita sedang melangkah ke hadapan atau ke belakang".

Kerana itulah, apabila BKPJM semakin dikenali, ia semakin disayangi.

Saya Sayang BKPJM.

Artikel sumbangan azziadah.blogspot.com

Isnin, 3 Mei 2010

Suara Kampus Edisi Johor 115 Kini Di Pasaran!!!


Suara Kampus Edisi Johor (SUKEJ) Bilangan 115
kini berada di pasaran. Pelbagai artikel dan karya sastera yang menarik menanti.

Antara yang menarik :

Tumpuan - Transit Cinta : Main Kahwin-kahwin atau Kahwin Main-Main

Fatwa - Ragut Jenayah Hirabah?

An-Nisa' - Wanita dan Lelaki : Sebuah Citra Terindah

Untukmu PMRAM - Antara Perjuangan Dan Airmata

Meriam Buluh - Anda dan Persatuan

Dan banyak lagi!!!

Dapatkan segera di koperasi-koperasi PMRAM atau melalui wakil-wakil jualan kami!!
Hanya LE 5.50. Kualiti dijamin.

Suara Kampus Edisi Johor Bil-115 adalah terbitan Unit Penerangan Dan Penerbitan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir 2009/2010(UPP BKPJM 09/10).

Sabtu, 1 Mei 2010

Organisasi Jabatan Hisbah Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2009/2010

Organisasi Jabatan Hisbah

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 2009/2010

Penaung
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir

Penasihat
Yang Dipertua BKPJM
Basir bin Mohamed

Ketua Hisbah
Nuruddin Zanki bin Hamzah

Timbalan Ketua Hisbah
Khairunnisaa binti Zulkarnain

Setiausaha
Kamal Ariff bin Mohamad Bakri

Unit penerangan
Ahmad Luqman bin Bukhari

Timbalan Unit Penerangan
Siti Umairah binti Samsudin

Unit Operasi
Mohd Syafiee bin Musni

Timbalan Unit Operasi
Masyitah binti Razali

Khamis, 15 April 2010

Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah 2010

Majlis Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah 2010

Tarikh : 17 April 2010
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 10 pagi

Kehadiran semua pelajar Johor adalah WAJIB dan mestilah mengikut etika pemakaian yang ditetapkan dan menepati masa.

Gotong-royong Asrama Pelajar Johor Rabaah

Tarikh : 15 & 16 April 2010
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 8 pagi
Kehadiran semua pelajar Johor adalah digalakkan.

Taklimat Protokol dan Raptai Perasmian Asrama Pelajar Johor Rabaah

Tarikh : 16 April 2010
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 9 pagi
Kehadiran semua pelajar Johor adalah digalakkan. Semua AJK dan Adhoc setiap unit wajib hadir.

Etika Disiplin Majlis Perasmian Asrama pelajar Johor Rabaah 2010

1 - Penampilan

-pakaian lelaki(3 pilihan pakaian) :
1) Baju Melayu Teluk Belanga sepasang lengkap bersampin dan bersongkok hitam
(Dilarang memakai baju dan seluar yang bukan sepasang)
2) baju raihan, kot, seluar gelap, kasut kulit @ pvc gelap
3) Kemeja cerah, tali leher, seluar gelap, tali pinggang gelap, kasut kulit @ pvc gelap
(Pemakaian kot adalah sangat digalakkan)
* dilarang memakai warna biru dan kuning

- pakaian wanita :
1) baju jubah atau baju kurung warna gelap
2) tudung cerah
* dilarang memakai warna biru, kuning, dan putih tanpa corak

- kekemasan :
1) rambut pendek dan kemas (lelaki)
2) baju digosok

Isnin, 5 April 2010

Kursus Pra Perkahwinan Islam & Program Pemantapan Modal Insan Siswazah Johor Siri Ke-2

Kursus Pra Perkahwinan Islam & Program Pemantapan Modal Insan Siswazah Johor Siri Ke-2 akan diadakan pada 19 & 20 April 2010(pelajar Johor) dan 13 & 14 April 2010(pelajar selain Johor). Bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pelbagai pengisian menarik akan diadakan. Dengan yuran hanya LE 50(pelajar Johor) atau LE 85(selain Johor), anda boleh mendaftarkan diri melalui Unit Pendaftaran, Sdr Shazrin Zekri Bin Abdul Razak di talian +2 016-2302898 atau Sdri. Syarifah Masykurah Syed Mustafa Kamal di talian +2 011-4367862. Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Sijil akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor dan tiada tamat tempoh.

*kepada peserta selain Johor, sila daftarkan diri melalui Sdr. Faisal Mat Shah di talian +2 014-1996725

*Semua peserta diwajibkan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati dari Unit Pendaftaran dan wajib menyertakan sekeping gambar berukuran passport.

*Ahli di muhafazah boleh merujuk kepada wakil Majlis Perwakilan Muhafazah masing-masing di sini.

*Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 April 2010.

*Sebarang pertanyaan sila rujuk Sdr Mohd Khairul Anwar Tajuddin (+2 014-8191861)

Ahad, 28 Mac 2010

Diskusi Kitab "Bagaimana Menjadi Tetamu Yang Disenangi"

Diskusi Kitab Bagaimana Menjadi Tetamu Yang Disenangi karangan Ash-Sheikh 'Abd El-'Azim yang akan dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Basir Mohamed, Yang DiPertua BKPJM 09/10.

Tarikh : 31 Mac 2010 / 15 Rabiul Akhir 1431H
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 7.30 malam

Kitab dijual semasa diskusi dengan harga hanya LE 8.

Makluman lanjut hubungi Ustaz Ahmad Daniel Bin Mohmad Hassan +2 011-6896290.

Jumaat, 26 Mac 2010

Semakan Daftar Pemilih PRU PMRAM 2010


PERHATIAN

Kepada semua ahli PMRAM cawangan Johor.

Semakan DAFTAR PEMILIH bagi Pilihanraya Umum PMRAM 2010 dibuka pada:

28 Mac hingga 1 April 2010 (Rabu hingga Sabtu) 3 Petang hingga 9.30 malam Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah.

Sila pastikan:

  • EJAAN NAMA
  • NO KEAHLIAN PMRAM
  • BAYARAN YURAN
Sila rujuk kepada:

BAGI SISWA:
  1. Saudara Mohd Nur bin Ahmad. Timbalan Setiausaha Agung BKPJM 2009/2010. [+2011 235 6361]
  2. Saudara Mohd Farhan bin Tamin. Bendahari BKPJM 2009/2010. [+2011 039 6376]
BAGI SISWI:
  1. Saudari Mashitah binti Razali. Setiausaha HEWI BKPJM 2009/2010.
  2. Saudari Mariana binti Din. Bendahari HEWI BKPJM 2009.2010. [+2011 124 3766]

Sabtu, 13 Mac 2010

Piala Exco BKPJM 2010


Piala Exco BKPJM 2010 akan diadakan tidak lama lagi!! Justeru, LKKS BKPJM 09/10 menjemput dan meraikan penyertaan daripada pasukan-pasukan handalan dari seluruh Mesir bagi merebut Piala tersebut. Pertandingan akan diadakan pada hari Khamis, 18 Mac 2010 bermula jam 7.30 pagi. Acara ini akan dianjurkan di gelanggang berhampiran ARMA. Penyertaan setiap pasukan hendaklah disertai 8 orang pemain. Borang pendaftaran boleh didapati di Asrama Pelajar Johor Rabaah melalui Us Muhammad Nur Ahmad (+2 011 2356361). Hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding. Yuran pendaftaran hanya LE 40. Pendaftaran ditutup pada 17 Mac2010 jam 7 malam.

Selain itu, acara-acara sampingan juga akan diadakan.

Antara acara yang menarik(terbuka kepada semua):

sepakan penalti
sepakan percuma

Pelbagai hadiah menarik disediakan:

Juara : Piala Pusingan, pingat, hamper
Tempat ke-2 : Pingat, hamper
Hadiah penyertaan : hamper, pingat

Bersama memeriahkannya!!!

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi :

Sdr Muhammad Nur Bin Ahmad (Ketua LKKS BKPJM 09/10) -> +2 011 2356361

Tarikh tutup pendaftaran : 17 Mac 2010 jam 7 malam.
Wakil kumpulan diminta hadir untuk taklimat pada 17 Mac 2010 jam 9 malam.

Sabtu, 6 Mac 2010

Program Pemantapan Modal Insan



Majlis Agama Islam Negeri Johor bebesar hati untuk menganjurkan satu program buat julung kalinya untuk anak-anak Johor di Mesir. Iaitu:

PROGRAM: PEMANTAPAN MODAL INSAN SISWAZAH JOHOR & MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG.

TARIKH: 9 MAC 2010
HARI: SELASA
TEMPAT: DEWAN MALAYSIA ABBASIAH KAHERAH

PENDAFTARAN: 7.30 PAGI

Sarapan dan makan tengahari disediakan. Pelbagai pengisian yang menarik. Pengangkutan ke ARMA akan disediakan dari lokasi berikut:
  1. Rumah Johor
  2. Hayyu Sabik dan
  3. Hayyu Asyir
Semua mahasiswa dijemput hadir. Sekian.


Khamis, 4 Mac 2010

Muzakarah Berkelompok BKPJM 2009/2010


Ketua : Mohd Khairul Anwar bin Tajudin
Timb : Muhammad Yahya bin Samsul

Ahli :
  1. Fahmi bin Maryani
  2. Mohamad Faisal bin Idris
  3. Mohd Azri bin Esa
  4. Mohd Yazid bin Sa’at
  5. Mohd Syafik bin Mohd Saip
  6. Muhammad Yahya bin Samsul
  7. Mohd Fadzle bin Sabar
  8. Muhammad Amin bin Sailan
  9. Mubarak bin Easaam Makarim
  10. Mohd Taufiq bin Nordin
  11. Luqmanulhakim bin Abdul Rahman
Ketua : Kamal Ariff bin Mohd Bakri
Timb : Muhamad Aizuddin bin Masrom

Ahli :
  1. Ishaq Hanis bin Asmail @ Ismail
  2. Muhamad Aizuddin bin Masrom
  3. Mohd Irwan bin Ismail
  4. Mohd Zaki bin M.Noor
  5. Muhammad Saman bin Esa
  6. Muhammad Saleh bin Maskob
  7. Mohd Firdaus bin Ahmad
  8. Mohd Yazid bin Mohd Akil
  9. Mohd Fauzi bin Hamim
  10. Muhammad Yazid bin Hanzir
  11. Mubarak bin Easaam Makarim
  12. Mohd Taufiq bin Nordin
Ketua : Zulfekri bin Abdullah
Timb : Mohd Farhan bin Tamin

Ahli :
  1. Abdul Malik bin Mohd Tamrinan
  2. Mohamad Harun bin Asangari
  3. Mohd Raffie bin Mohd Noor
  4. Mohd Razin bin Mohd Jamil
  5. Mohd Faiz bin Esa
  6. Mohd Efendi bin Samsudin
  7. Mohd Syahrul Nizam bin Aris
  8. Mohd Ridwan bin Ali
  9. Mohd Hanafiah bin Hamsan
  10. Mohd Farhan bin Tamin
  11. Ahmad Daniel bin Mohamad Hassan
Ketua : Mohd Faiz bin Haron
Timb : Mohd Nur bin Ahmad

Ahli :
  1. Muhammad Salahuddin bin Ibrahim
  2. Azrin bin Saion
  3. Mohd Elias bin Ngaliman
  4. Muhamad Syafiq bin Elias
  5. Mohd Taufiq Adib bin Muhamad
  6. Nordin bin Sufiai
  7. Shamsul bin Mohd Saaid
  8. Badrul Hisham bin Mansor
  9. Mohd Ali bin Fadhil
  10. Muhd Rafiuddin Syahidullah bin Ahmad
  11. Mohd Lutfi bin Salim
Ketua : Mohd Akhmal bin Mohd Ali @ Atan
Timb : Mohd Noorfendi bin Abdul Jabar

Ahli:
  1. Muhammad Syafiq Safwan bin Harith
  2. Mohamad Alwi bin Abdullah
  3. Nor Sakini bin Pasikah
  4. Mohd Fakhrurazi bin Subari
  5. Mior Muhammad Hazwan bin Abdul Rani
  6. Zaharunnaim bin Ahmad
  7. Mohd Nor bin Salikin
  8. Muhammad Sa’ed bin Easaam
  9. Muhammad Azizul Hakim bin Azizul
  10. Ahmad Luqman bin Bukhari
  11. Mohd Syafiee bin Musni
  12. Syed Miftahul Ulum bin Syed Mustafa Kamal
Ketua : Faizul Hadi bin Montalib
Timb : Muhammad Zulhilmie bin Omar

Kumpulan : Salahuddin al-Ayyubi
  1. Aidil Alif bin Abd Majid
  2. Luqman al-Hakim bin Abdul Azis
  3. Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin
  4. Muhammad Arif bin Hamzah
  5. Mohd Dasuki bin Mohd Aris
  6. Mohamad Syakirin bin Mohd Khalid
  7. Muhammad Zulhilmie bin Omar
  8. Muhammad Yassaruddin bin Samsul
  9. Mohamad Shyahrul Nizam bin Mohd Daud
  10. Muhammad Ashraf bin Md Yusob
  11. Muhammad Syuaib bin Sangkrah
  12. Muhammad Raqib bin Haharai
  13. Usamah bin Aris
AKHAWAT

Ketua : Siti Rabeah bte Hassan
Timb : Farah Haziqah bte Mohd Haron

Kumpulan : Saiyidah Nafisah
  1. Adibah bte Jamal
  2. Nor Aini bte Muzammil
  3. Nor Siti Aida bte Rosalan
  4. Nur ‘Aqilah bte Sazali
  5. Nur Fatinatul Izzah bte Tajudin
  6. Zainab bte Zakaria
  7. Farah Haziqah bte Mohd Haron
Ketua : Umi Kalsum bte Mohamed Uyob
Timb : Rabiatul Adawiyah bte Ramli
  1. Zuraidah bte Zulkiflee
  2. Widad Fitriah bte Aris
  3. Nuratiqah Najihah bte Ibrahim
  4. Muslihah bte Mohd Taib
  5. Siti Zubaidah bte Kamarudin
  6. Noreha bte Mahat
  7. Nur azzuhra bte Jumaat
  8. Siti Nur Hamizah bte Masrom
  9. Juairiah bte Jumadi
Ketua : Nurul Najwa bte A.Latif
Timb : Shahidah bte Mohamad
  1. Nor Fatimah bte Khairuddin
  2. Shahidah bte Mohamad
  3. Shabalqis bte Nordin
  4. Masyitah bte Razali
  5. Nur Aliaa bte Ahmad
  6. Siti Hannah bte Faisal
  7. Nur Zakiah bte Md Salehuddin
  8. Norita bte Hamdan
  9. Siti Umairah bte Samsudin
Ketua : Siti Sarah bte Bushari
Timb : Nor Amelia bte Mustafah
  1. Musliza bte Madi
  2. Aszidah bte Tugiman
  3. Mariyana bte Din
  4. Nur Atiqah bte Roslin
  5. Nor Asyikin bte Sha’ri
  6. Syafiyah Nadiah bte Mohd Razib
  7. Farah Hanani bte Sudarman
Ketua : Nor Syafawati bte Sini
Timb : Siti Maisarah Bte Yusuf
  1. Halimatussa’diah bte Mohd Gerto
  2. Rahimah bte Azman
  3. Nurul Ainn bte Mistham
  4. Syarifah Masykurah bte Syed Mustafa Kamal
  5. Zhuliana bte Ambok Dalik
  6. Nurul Syakira
  7. Salwa Farhana bte Ismail
  8. Mazlita bte Manaf
  9. Nor Syafawati bte Sini
  10. Siti Maisarah bte Yusuf
Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada saudara Faizul Hadi Montalib, Ketua Jabatan Nuqabak BKPJM atau Naqib dan Naqibah masing-masing.

“ TARBIAH RUHIYAH MEMBINA SYAKHSIAH “

Rabu, 24 Februari 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW


Assalamualaikum WBT. Insya Allah, pada 25 dan 26 Februari 2010, Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 09/10 akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah. Pelbagai acara menarik akan diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan kita kepada Junjungan Besar Yang Mulia Nabi Muhammad SAW. Antara acara menarik yang akan diadakan ialah bacaan Qasidah, Ceramah Perdana, dan Qiamullail. Jamuan juga akan disediakan. Marilah kita bersama-sama mempamerkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan meramaikan lagi majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Khairul Anwar Bin Tajuddin di talian +2 014 8191861.

Tentatif program:

25 Feb : selepas Asar : Bacaan Qasidah, ceramah, jamuan.

26 Feb : jam 3 pagi : Qiamullauil, jamuan.

Khamis, 18 Februari 2010

Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 ke Muhafazah


Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 akan berlangsung pada tarikh 20 hingga 22 Februari 2010. Justeru, BKPJM menjemput semua pelajar Johor yang berada di segenap pelusuk bumi Mesir, tidak kira pelajar Perubatan mahupun Pengajian Islam, untuk mengambil peluang keemasan ini untuk bertanya dan meluahkan segala permasalahan dan perasaan serta tanda tanya yang terbuku di minda.

Jadual perjalanan adalah seperti berikut.

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 9.00 pagi - Zaqaziq - Markaz DPM Zaqaziq

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 3.00 petang - Mansura - Markaz DPM Mansura

21 Februari 2010, Ahad, Jam 9.00 pagi - Tanta - Markaz DPM Tanta

22 Februari 2010, Isnin, Jam 9.00 pagi - Iskandariah - Markaz DPM Iskandariah

22 Februari 2010, Isnin, Jam 8.00 malam - Dumyat - Tempat akan dimaklumkan kemudian

Kehadiran kalian semua dinanti.
Soalan kalian kami dengari.
Permasalahan kalian kami simpati.
Keperluan kalian kami penuhi.
Kewujudan kalian kami hargai.
Kalian semua tetap di hati.
Mudah-mudahan Allah memberkati.
Ukhuwah kita kekal abadi.
Moga thabat di jalan Ilahi.

Jumpa di sana!!!

Sabtu, 13 Februari 2010

Jadual Madrasah Imam Syafei

Madrasah Al-Imam As-Syafie akan dimulakan pada 10 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu di Rumah Terengganu pada jam 6.30 pagi. Kelas pertama yang akan dikendalikan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazime selaku presiden PMRAM menggunakan kitab Fathul Qarib merupakan sambungan daripada pembacaan yang telah dilaksanakan sebelum peperiksaan. Pengajian lain yang turut dimuatkan adalah seperti berikut :
 
1) Sabtu: Shahrizan Mohd Hazime (Presiden PMRAM)
Kitab - Fathul Qarib

2) Ahad : Ustaz Khairul Anuar Ismail (Penasihat PMRAM)
Kitab – Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah
 
3) Isnin : Ustaz Mohd Azrul Ismail
Kitab - Risalah Al-Mustarshidin, Syarhu Matan Al-Baiquniyyah, Fawaid Makkiyah
 
4) Selasa : Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain
Kitab - Hasyiah Nafahat
 
5) Rabu : Ustaz Mujahid Fadzil
Kitab - Nurul Uyun, Nurul Zholam, Matan As-Sanusi
 
6) Khamis : Ustaz Abdul Aziz Ali (Badan Pengurus PMRAM)
Kitab – Fiqh As-Sirah

Madrasah pada kali ini menampilkan dua pengajian terbaru iaitu Fiqh As-Sirah (Sirah) dan Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah (Tasauf) dengan pengajian lama masih dikekalkan. Jadual pengajian telah diedarkan dan dimaklumkan kepada Exco Pengetahuan PMRAM Cawangan BKAN masing-masing. 

Dijemput kepada semua ahli untuk meramaikan Madrasah Al-Imam As-Syafie.

Selasa, 9 Februari 2010

Ekspedisi Tarbawiah Semenanjung Sinai kembali lagi


Tawaran menarik!!! Ekspedisi Tarbawiah Semenanjung Sinai kembali lagi. Dengan tiket berharga hanya LE 240, anda akan dibawa ke pelbagai lokasi yang menarik seperti Ahmed Hamidi Tunnel, Hamam Firaun, Uyun Nabi Musa, Jabal Musa, Maqam Nabi Harun, dan macam-macam lagi.

Pelbagai acara menarik juga akan diadakan.

Tarikh Ekspedisi ialah pada 15-17 Februari 2010.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung dengan saudara:

Muhammad Khaidir Bin Hanizan (+2011 876 1772)

atau

saudara Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal (+2011 731 4298)