Rabu, 5 Mei 2010

Pelancaran Tabung Dana Ehsan BKPJM & Munajat Perdana 2010



Pelancaran Tabung Dana Ehsan dan Munajat Perdana BKPJM 09/10 akan diadakan pada 6 Mei 2010 bersamaan 21 Jamadilawal 1431 H bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah pada jam 7.30 malam. Justeru, semua pelajar Johor di Mesir dijemput hadir bagi mendokong dan menyokong usaha BKPJM untuk menyelesaikan masalah kebajikan pelajar yang berada di Mesir ini, khususnya pelajar Johor. Begitu juga, marilah kita bersama-sama bermunajat dan memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan kita dan sahabat-sahabat kita yang lain dalam suasana peperiksaan yang dipenuhi pelbagai masalah pengurusan.

Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit ini diterima Allah SWT dan dijanjikan ganjaran yang sebaiknya di akhirat kelak. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan