Ahad, 14 November 2010

Sambutan Aidiladha BKPJM 1431H

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 10/11 akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H. Butiran perjalanan program adalah seperti berikut :

Penyembelihan Kali Pertama (Kambing Kacang)
Tarikh : 16 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama pelajar Johor Rabaah
Masa : 12.30 tengahari

Penyembelihan Kali Kedua  (Kharuf dan Lembu)
Tarikh : 17 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 7.00 pagi

 Majlis Sambutan Aidiladha 1431H
Tarikh : 17 November 1431H bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 2.40 petang
Tentatif :
2.40 petang : Azan Asar dan Solat Asar Berjemaah
3.10 petang : Majlis Bacaan Qasidah dan Burdah
5.00 petang : Solat Maghrib Berjemaah
5.30 petang : Ceramah Sempena Aidiladha 1431H oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Hanif Bin Naim
6.20 petang : Solat Isha' Berjemaah
6.40 petang : Pengenalan AJKT & AJK HEWI BKPJM 10/11
                   : Ucaptama Yang DiPertua BKPJM 2010/2011
                           oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal
                   : Sesi Cadangan dan Muhasabah
                   : Jamuan

6 ulasan:

  1. kenapa x buat program sehari jer??..alang2 penat terus sehari...nape buat 2 hari...??...sungguh tidak releven.

    BalasPadam
  2. saya setuju!!...kenapa perlu 2 hari.???...dr dlw kami buat ber ekor2 kambing bnyk pon sehari jugak...kenapa dgn bkpjm??....

    BalasPadam
  3. S/U LKSHR (Korban '10)15 November 2010 pada 11:53 PTG

    syukran atas pndgn. kami buat 2 hari atas pndgn mmberi waktu rehat kpd ahli. ahli pstinya letih jika hari menyembelih dan berprogram dlm 1 hari. oleh itu kami(adhoc pelaksana) mmtuskn untuk buat 2 hari program...=)

    BalasPadam
  4. SALAM...seharusnya yang memberi pandangan bertanya dahulu kepada bkpjm mengapa ia dibuat 2 hari, kemudian barulah memberi komen, bukan menghukum dahulu baru nak bertanya...

    BalasPadam
  5. Salam, tumang tanya.
    Majlis sambutan aidil adha pada 17hb tu, dijemput hadir pada semua mahasiswa/wi atau hanya kpd anak johor?

    eid mubarak.

    BalasPadam
  6. wasalam..jemputan utk anak-anak johor, jika ust fathi hendak bawa kawan2 hadir pun kita alu-alukan, InsyaAllah boleh ramaikan sikit yang hadir. syukran :)

    BalasPadam