Khamis, 2 September 2010

Pengambilan Zakat Jamiyah Syariah Pada 7 & 8 September Ini

KAHERAH, 31 Ogos - Para penerima sumbangan Zakat Jamiyah Syariah peringkat kaherah hari ini boleh mengambil sumbangan tersebut seperti yang telah ditetapkan bagi negara Malaysia iaitu 7 & 8 September ini. Pengambilan bagi sesi pembayaran bulan Syaaban tersebut boleh di ambil di Masjid Syarbini, Haiyu Asyir.

Penerima diingatkan mengambil pembayaran pada tarikh tersebut dengan membawa Pasport serta nombor penerimaan bayaran untuk proses pengambilan. Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan Md Zain ketika menyebut perkara ini mengingatkan kepada seluruh penerima zakat Jamiyah Syariah supaya tidak mengabaikan pembayaran tersebut.

Beliau mengulas sedemikan setelah mendapat rungutan dari pihak pengurusan Jamiyah Syariah terdapat segelintir penerima yang tidak mengambil sumbangan. Sumbangan LE100 per bulan bukanlah nilai yang kecil bagi seorang mahasiswa. Ianya perlu disyukuri dan dihargai hasil usaha kerjasama diantara pihak PMRAM dan Jamiyah Syariah Pusat dalam membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan.

Sebarang kesulitan dirujuk terus kepada Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing. Sumber: pmram.org

1 ulasan:

  1. gunakan wang dengan sebaiknya. selamat berpuasa dan menyambut hariraya dari bapa khairunnisaa

    BalasPadam