Rabu, 22 Disember 2010

Le Tour De' Sinai 2011 [TURSINA '11]

Sempena dengan cuti musim sejuk yang akan menjelang tiba, Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan menganjurkan program Le Tour De' Sinai 2011 [TURSINA '11]. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi Pengarah Program TURSINA '11, Ustaz Nor Salam [011-6722397] atau Ketua Unit Promosi dan Pendaftaran TURSINA '11, Ustaz Aidil Alif Abd Majid [015-21172766]. 

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

                           Tarikh             :          14,15 dan 16 Feb 2011
                           Bayaran          :          260LE sahaja

BKPJM amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua mahasiswa, baik daripada kuliyah pengajian Islam mahupun daripada fakulti sains kesihatan.

***Tempat adalah terhad. Hanya peserta yang mendaftar awal akan diutamakan.



Rabu, 8 Disember 2010

Silibus Hafazan Al Quran Bagi Sesi 2010/2011


Pengumuman!

Universiti Al-Azhar Mesir telah mengekalkan silibus hafazan Al-Quran sebanyak 1 juzu’ bagi setiap tahun. 

Berikut adalah skema hafazan bagi subjek Al-Quran:

Pelajar Luar Negara bagi yang bahasa pertuturan negaranya bukan Bahasa Arab,

No
Tahun pengajian
Silibus hafazan Al-Quran sesi 2010/2011
1
Tahun satu
1 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
2
Tahun dua
2 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
3
Tahun tiga
3 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah
4
Tahun empat
4 juzu’ bermula dari awal surah Al-Baqarah

Slilibus hafazan Al-Quran sesi 2010/2011.

Disediakan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan BKPJM.