Khamis, 18 Februari 2010

Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 ke Muhafazah


Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 akan berlangsung pada tarikh 20 hingga 22 Februari 2010. Justeru, BKPJM menjemput semua pelajar Johor yang berada di segenap pelusuk bumi Mesir, tidak kira pelajar Perubatan mahupun Pengajian Islam, untuk mengambil peluang keemasan ini untuk bertanya dan meluahkan segala permasalahan dan perasaan serta tanda tanya yang terbuku di minda.

Jadual perjalanan adalah seperti berikut.

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 9.00 pagi - Zaqaziq - Markaz DPM Zaqaziq

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 3.00 petang - Mansura - Markaz DPM Mansura

21 Februari 2010, Ahad, Jam 9.00 pagi - Tanta - Markaz DPM Tanta

22 Februari 2010, Isnin, Jam 9.00 pagi - Iskandariah - Markaz DPM Iskandariah

22 Februari 2010, Isnin, Jam 8.00 malam - Dumyat - Tempat akan dimaklumkan kemudian

Kehadiran kalian semua dinanti.
Soalan kalian kami dengari.
Permasalahan kalian kami simpati.
Keperluan kalian kami penuhi.
Kewujudan kalian kami hargai.
Kalian semua tetap di hati.
Mudah-mudahan Allah memberkati.
Ukhuwah kita kekal abadi.
Moga thabat di jalan Ilahi.

Jumpa di sana!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan