MUQADDIMAH
Unit Kebajikan dan Tabung Derma (UKTD) merupakan salah satu unit yang bertindak sebagai saluran Badan kebajikan pelajar-pelajar johor di mesir (BKPJM) menghulurkan sumbangan kebajikan dan derma kepada ahlinya.
Menyedari kerja-kerja kebajikan merupakan di antara amalan soleh yang diperintahkan Allah di dalam islam,justeru UKTD berusaha memenuhi nilai-nilai murni ajaran agama ini sebagai salah satu pembawakan utama BKPJM.
Firman Allah S.W.T yang mermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah, (daripada orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan merka itulah orang-orang yang berjaya” -Surah At Taubah ayat 20
UKTD setakat ini hanya bergantung dengan kutipan wang khairat yang dibayar oleh ahli-ahli melalui yuran keahlian BKPJM, dan kutipan tabung derma kilat daripada ahli-ahli. Apabila menyedari bahawasanya dengan hanya bergantung kepada kedua-dua sumber ini, ianya tidak memadai untuk UKTD menyalurkan bantuan kebajikan kepada ahli yang memerlukan, perkara ini telahpun mendapat perhatian yang cukup serius oleh kepimpinan BKPJM 09/10, maka pada mesyuarat kali kedua sesi kenaikan baru BKPJM 09/10 satu resolusi telahpun disepakati oleh semua ahli mesyuarat iaitu dengan melaksanakan satu projek kebajikan yang diberi nama TABUNG DANA EHSAN BKPJM (TDEB).
Kita semua mengharapkan kepada Allah S.W.T, Mudah-mudahan dengan adanya Tabung Dana Ehsan BKPJM ini, ianya lebih memudahkan perjalanan BKPJM dalam menyalurkan kebajikan buat ahli-ahli johor yang berada di bumi mesir ini.
Akhirnya, diharapkan majlis pelancaran ini akan menjadi momentum kepada kelancaran pengumpulan Dana Ehsan dan juga dapat memberi penjelasan dan kesedaran kepada keseluruhan ahli tentang bertapa pentingnya kerjasama dalam mencapai matlamat ini. Sekaligus akan dapat menyuburkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan mendapat kebaikan kepada semua pihak.
PROJEK DANA EHSAN BKPJM
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka yang memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.” Surah al-Hasyr ayat 9
PENGENALAN DANA EHSAN BKPJM
Menelusuri keindahan persaudaraan Muhajirin dan Ansar, terasa kerdilnya diri kita sebagai umat akhir zaman. Kemurnian akhlak dan ketulusan mereka berukhuwwah terpancar melalui sikap ithar mereka yang melebihkan saudaranya berbanding diri sendiri sekalipun diri mereka memerlukan. Bagaimana pula keadaan kita pada hari ini? Adakah wujud serendah-rendah martabat ukhuwah, iaitu berlapang dada, mahupun setinggi-tingginya, iaitu ithar dalam berukhuwwah?
Justeru, BKPJM sebagai persatuan yang menaungi anak-anak Johor di Mesir bertanggungjawab menghidupsuburkan semula budaya al Ithar ini dalam hati semua ke arah melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami konsep ithar, tadhiyah yang disarankan oleh Islam. Maka dengan itu, diwujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Dana Ehsan BKPJM dan diuruskan oleh Unit Kebajikan dan Tabung Derma BKPJM 09/10. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 06 Mei 2010 oleh Yang DiPertua BKPJM ,Saudara Basir bin Mohamed.
OBJEKTIF PENUBUHAN

- Mentaqarubkan diri kepada Allah S.W.T. melaui konsep bantu membantu.
- Menggalakkan ahli untuk melaksanakan dan memahami konsep ithar.
- Menyemai sifat kebersamaan dan mempraktikkan konsep saling bantu membantu dikalangan ahli.
- Membantu ahli yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan,zakat.pinjaman, mangsa musibah atau bencana dan mereka yang ditimpa kesusahan.
- Mewujudkan ahli BKPJM yang prihatin terhadap hal ehwal kebajikan rakan seperjuangan.
- Mengeratkan ukhuwwah dikalangan ahli.
SASARAN KEMASUKAN WANG
- Semua ahli BKPJM yang mendapat bantuan zakat dan pinjama perubatan Majlis Agama Islam Negeri Johor.Kadar yang ditetapkan adalah LE 50.00 sahaja.
- Semua ahli BKPJM yang turut ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.
SALURAN DANA EHSAN BKPJM
- Bantuan kepada ahli BKPJM yang menimpa musibah, kemalangan, dan mereka yang ditimpa kesusahan mengikut kadar yang sesuai.
- Bantuan kepada ahli yang mengalami masalah kewangan mengikut kadar yg sesuai.
- Pinjaman kewangan kepada ahli yang memerlukan mengikut kadar yang sesuai.
- Bantuan kewangan bulanan kepaad ahli yang mengalami masalah kewangan yg terlalu kritikal mengikut kadar yang sesuai.
- Ahli BKPJM yang difikirkan layak menerima.
KRITERIA DAN SYARAT PENERIMA WANG TABUNG IHSAN BKPJM
- Layak untuk semua ahli BKPJM yang :
- Tidak mendapat bantuan zakat dan pinjaman.
- Kurang berkemampuan (keluarga/penjaga).
- Pendapatan ibubapa kurang dari RM1000 dan mempunyai tanggungan yang ramai.
- Ahli BKPJM yang difikirkan perlu.
- Mengisi borang yang disediakan dengan lengkap dan ditandatangani AJKT Unit Kebajikan dan Tabung Derma dan diluskan oleh Yang DiPertua BKPJM.
Ayuh bersama kita menunaikan hak kita dalam kita berukhuwwah. Dan ingatlah akan hadis nabi yang menyebut : “Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi diri sendiri”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan