Khamis, 19 April 2012

MAKLUMAN PENUKARAN LEMBAGA PENASIHAT BKPJM



Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan terdapat beberapa perubahan di dalam anggota Penasihat BKPJM 2011/2012 disebabkan beberapa perkara :

1. Perletakan jawatan Ustaz Nuruddin Zanki bin Hamzah
2. Kepulangan Ustzah Herlina binti Syarial ke Malaysia

Justeru berdasarkan Bab Kelima Fasal 18 Undang-undang Tubuh BKPJM maka AJKT BKPJM bersetuju untuk melantik :

1. Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku BP Angkat Johor untuk menggantikan
    Ustaz Nuruddin Zanki bin Hamzah sebagai anggota Penasihat BKPJM.
2. Ustazah Khairunnisa binti Zulkarnain untuk memangku jawatan Ustazah Herlina
    binti Syarial sebagai anggota Penasihat BKPJM.


Sekian dimaklumkan.


"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

"Kebajikan dan Perpaduan"

Selasa, 17 April 2012

SOLAT SUNAT HIFZI



Assalamualaikum..

Untuk makluman kepada seluruh ahli BKPJM, ikhwah mahupun akhawat, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 11/12 akan mengadakan Solat Sunat Hifzi secara berjamaah pada :

Hari - Setiap hari Khamis.
Tarikh - 19 & 26 April 2012.
Masa - Selepas solat Isyak.
Tempat - Dewan Asrama Pelajar Johor Thamin

... Bersama-sama kita bermunajat kepada Yang Maha Esa semoga beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

..::Kecemerlangan Akademik Kualiti Utama Mahasiswa::..

Rabu, 11 April 2012

SOLAT SUNAT HIFZI

Assalamualaikum..

Untuk makluman kepada seluruh ahli BKPJM, ikhwah mahupun akhawat, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 11/12 akan mengadakan Solat Sunat Hifzi secara berjamaah pada :

Hari - Setiap hari Khamis.
Tarikh - 12, 19 & 26 April 2012.
Masa - Selepas solat Isyak.
Tempat - Dewan Asrama Pelajar Johor Raba'ah.


Bersama-sama kita bermunajat kepada Yang Maha Esa semoga beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

..::Kecemerlangan Akademik Kualiti Utama Mahasiswa::..

Khamis, 5 April 2012

Tentatif Penuh Rehlah Tarbawiah ke Ein el-Sokhna


Objektif program:
1.Memperkuatkan ukhwah islamiah sesama ahli BKPJM
2.Melaksanakan Tarbiah Jasadiah

Tentatif program:
3.30 pagi:     Qiamullail
4.20 pagi:     Solat Subuh berjemaah
                     Bacaan Ma'thurat
7.00 pagi:     Bertolak ke Ain Syukhnah
9.30 pagi:     Tazkirah dalam air
                     Mandi-manda dan acara bebas
12.00 tghari: Solat Jumaat
1.00 petang: Usrah
                     Acara bebas
4.30 petang: Berkemas untuk pulang

“Kesatuan Ummah Asas Kebangkitan Islam"

Anjuran : 

Unit Sambutan Dan Rehlah BKPJM 11/12 dengan kerjasama Unit Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 11/12

Rabu, 4 April 2012

TEMPAHAN MAJALAH ZIKRA EDISI KE-3



TEMPAHAN KINI DIBUKA

ZIKRA Edisi ke-3, sebuah majalah eksklusif Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bakal menemui anda.

Mengumpulkan biodata ahli BKPJM, sejarah BKPJM, gambar kenangan, karya pilihan, dan pelbagai lagi.

Bertahun menunggu kini kembali,
ZIKRA dinanti hampir pasti,
Menyambung perjuangan menggamit memori,
Ayuh bersama merebut peluang ini..


Jadi, jangan lepaskan peluang ini,
Kelak menyesal di kemudian hari..

Pastikan anda memilikinya!!!

"BKPJM KELUARGA KITA"