Khamis, 15 Disember 2011

ZIARAH MAHABBAH MENJALINKAN UKHUWAH




KAHERAH,12 DISEMBER-Telah diadakan sebuah pertemuan mahabbah di antara barisan kepimpinan  Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor  di Mesir (BKPJM) bersama barisan kepimpinan Keluarga Pelajar Perlis ( KPP) bertempat di surau rumah Perlis pada jam 3.00petang. Perjumpaan dimulakan dengan sesi ta'aruf daripada seluruh barisan kepimpinan BKPJM dan juga KPP. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua BKPJM saudara Muhammad Yazid Bin Hanzir seterusnya ucapan daripada Yang Di Pertua KPP saudara Nurul Iman Bin Abdullah. Tidak ketinggalan juga ucapan daripada Ketua HEWI BKPJM Saudari  Adibah Binti Jamal dan juga ucapan daripada Timbalan Pengerusi HEWI KPP Saudari Fatin Amni.

“ Semoga dengan pertemuan yang julung-julung yang diadakan ini, dapat diteruskan sampai bila-bila. Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Bana : Taaruf yang sebenar ialah bermula dari tasbih kaffarah sehingga alFatihah.Justeru, hubungan antara kita tidak lah hanya sekadar di sini, bahkan dapat diteruskan. Walaupun kita berbeza tempat di utara dan selatan tapi kita membawa misi yang sama iaitu  KITA PMRAM ‘’ kata YDP BKPJM, Dr, Muhammad Yazid bin Hanzir.

Pertemuan di akhiri dengan jamuan daripada pihak KPP dan semoga pertemuan sebegini dapat melancarkan lagi sebarang gerak kerja dan sebarang kerjasama yang akan dijalinkan.

Khamis, 24 November 2011

Panduan Keselamatan Semasa


Panduan Keselamatan Semasa Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

1. Mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
2. Dilarang terlibat sebarang perkumpulan atau kempen pilihanraya.
3. Begerak secara berkumpulan. Tidak digalakkan keluar berseorangan.
4. Pastikan tidak bersendirian di dalam rumah.
5. Tidak digalakkan ke luar Kaherah atau ke Kaherah (bagi ahli di cawangan)
6. Digalak meletakkan kenderaan persendirian di premis BKAN masing-masing.
7. Menyediakan keperluan asas yang mencukupi di rumah.
8. Tidak digalakkan berada di luar kawasan kediaman pada waktu malam.
9. Mahasiswi yang ingin berurusan dengan warga tempatan mestilah melalui musyrif.
10. Tidak membicarakan isu politik Mesir dengan warga tempatan.

Sebarang masalah terus menhubungi Presiden PMRAM : +20111 3771841 atau Ketua Ops Keselamatan PMRAM : +20111 7402891.

Pekeliling Keselamatan Terkini



Pekeliling Keselamatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

1. Pastikan visa hidup
2. Keluar rumah pastikan bawa bersama passport dan kad PMRAM (bagi ahli PMRAM)
3. Bagi yang memandu kenderaan pastikan ada lesen memandu dan cuka jalan kenderaan.
4. Tidak terlibat dengan sebarang perkumpulan dan demonstrasi.
5. Tidak menghampiri sekitar kawasan yang terlibat dengan demonstrasi terutamanya di Tahrir.
6. Tidak keluar rumah selepas jam 12 malam sehingga jam 6 pagi.
7. Tidak memberikan sebarang dokumen penting pada warga asing dan rakyat tempatan.

Jika berlaku sebarang masalah boleh terus menghubungi Presiden PMRAM : +20111 3771841 ataupun YDP BKPJM : +201143359855.

Isnin, 4 April 2011

Elakkan Terlibat Sebarang Demonstrasi

KAHERAH, 28 Mac - Pemangku Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengingatkan kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi yang berlaku samada di jalanan mahupun di dalam universiti.

Beliau berkata sedemikian setelah melihat kepada demontrasi-demontrasi yang berlaku di beberapa universiti yang dianjurkan oleh warga tempatan Mesir.

"Walaupun demontrasi yang berlaku di dalam universiti tidak melibatkan politik, namun kita meminta mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat bagi keselamatan jangka masa yang panjang. Bahkan kita juga telah bertanya dengan pihak kedutaan mengenai isu ini. Kita telah sepakat, apa yang penting buat masa ini ialah mahasiswa/wi Malaysia fokus kepada akademik dan menjaga keselamatan sepanjang keberadaan di perantauan," jelas Pemangku Presiden.

Sehubungan itu, pihak PMRAM meminta agar semua mahasiswa/wi Malaysia mematuhi pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM. Pekeliling keselamatan tersebut akan diedarkan di premis-premis BKAN dan DPM serta boleh merujuk di laman web rasmi PMRAM di www.pmram.org. - pmram.org

Selasa, 15 Mac 2011

.MAKLUMAN BANTUAN KEWANGAN PULANG KE MESIR

Assalamulaikum..
Kepada  semua pelajar Johor yang  terlibat dengan  senarai penerima  tercicir bantuan kewangan pulang ke Mesir , sahabat-sahabat boleh hadir ke YPJ pada hari esok, KHAMIS , 17 MAC 2011 , antara jam 9.30 pagi hingga 1 petang untuk mengambil cek tersebut. Sebarang masalah boleh menghubungi YDP, Saudara Syed Miftahul Ulum b. Syed Mustafa Kamal di talian 012-7660650

Isnin, 7 Mac 2011

MAKLUMAN PEMBAHARUAN VISA PELAJAR DAN PENERBANGAN SEWA KHAS

 PELAJAR YANG HENDAK MEMPERBAHARUI VISA BOLEH MEMOHON MELALUI PEGAWAI KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR YANG BARU USTAZ HUSNI TAMRIN (0137434044) ATAU YPJ (072344288) DENGAN MENYEDIAKAN DOKUMEN : 2 KEPING GAMBAR UKURAN PASSPORT BERLATARBELAKANG PUTIH , 2 SALINAN MUKA DEPAN PASSPORT, BAYARAN RM 67.00 , PASSPORT  ,  KARNEH atau TASDIQ KULIAH (JIKA ADA).
PENERBANGAN SEWA KHAS: pelajar-pelajar johor ke Kaherah Mesir. anjuran kerajaan negeri johor. EGYPTAIR. harga RM2180. sesiapa yang berminat hanya perlu bayar RM2000 sahaja. selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri. tarikh berangkat dijangka 23/24 mac 2011. daftar segera kerana tempat adalah terhad untuk 250 orang. siapa berminat sila hubungi PN SALMI AMIN - 0197540063 ( wakil agen yang dilantik ).
Sebarang masalah boleh menghubungi YDP BKPJM, Saudara Syed Miftahul Ulum b. S.Mustafa Kamal di talian 012-7660650

Isnin, 28 Februari 2011

MAKLUMAN PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA PELAJAR UNTUK PULANG KE MESIR

Berikut adalah maklumat berkaitan majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pelajar yang akan pulang ke Mesir.

HARI     : JUMAAT
TARIKH: 4 MAC 2011
MASA   :  8.00 PAGI
TEMPAT: HOTEL THE ZONE, STULANG LAUT
PAKAIAN : BAJU MELAYU/ KEMEJA DAN HENDAKLAH KEMAS  ( IKHWAH )
                     BAJU KURUNG / JUBAH   ( AKHWAT )

Pelajar-pelajar diingatkan supaya membawa kad pengenalan untuk semakan nama  dan no kad pengenalan peribadi. Sebarang masalah boleh merujuk kepada YDP BKPJM, Syed Miftahul Ulum b . S. Mustafa Kamal di talian 012-7660650..Terima Kasih.

Jumaat, 25 Februari 2011

[KPT Malaysia] Tarikh Mula Kuliah Terkini

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan rundingan dengan universiti-universiti di Mesir dan beberapa ketetapan baru telah dibuat berkenaan tarikh bermula sesi kuliah bagi setiap universiti di Mesir.

Maklumat terakhir telah dikemaskini pada 25 Febuari 2011 dan masih tertakluk kepada mana-mana pindaan akan datang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila rujuk Laman Web Rasmi Pelajar Malaysia di Mesir.

Khamis, 17 Februari 2011

KERAJAAN NEGERI JOHOR MINTA PENUNTUT JOHOR LAPOR DIRI


Makluman penting buat semua penuntut Johor yang pulang ke tanah air, Kerajaan Negeri Johor telah meminta melalui Akhbar Utusan Malaysia 18 Februari 2011 supaya semua penuntut Johor yang dibawa pulang perlu melapor diri kepada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi mengesan jumlah sebenar mereka yang terlibat dan seterusnya memudahkan sebarang urusan.

Makluman ini juga melibatkan pelajar-pelajar Johor tajaan JPA, MARA dan lain-lain agensi, dan melibatkan semua pelajar Johor yang dihantar pulang tidak kira dari Muhafazah mahupun Kaherah.

Tarikh akhir untuk proses lapor diri ini  ialah 22 Februari 2011.

Proses lapor diri boleh dibuat melalui :

Tel : 07-2344355, 07-2666011, 019-7755433, 016-7486476, 017-7422278, 012-7058766

Borang Web : johordt.gov.my/ypj atau boleh muat turun di BKPJM Box. Borang ini perlu diisi dan dihantar kepada YPJ melalui emel.

Emel : ypjedujh@tm.net.my


Jumaat, 4 Februari 2011

MAKLUMAN TERKINI PELAJAR JOHOR ( 1.30 PTG )

4/2/2011- JUMAAT

 1. Seramai 100 orang pelajar kumpulan pertama akan berangkat ke lapangan terbang Kaherah pada jam     
      3.00 petang ( waktu Mesir )

 2. Kumpulan pertama terdiri dari pelajar berkeluarga, pelajar wanita dan sebahagian pelajar lelaki.

 3. Kumpulan pertama dijangka akan berlepas ke Jeddah pada jam 1.00 pagi ( waktu Mesir )

 4. Pengangkutan ke lapangan terbang dari rumah Johor adalah menaiki 8 buah van yang di sewa oleh 
      BKPJM.

 5. Kumpulan pertama diketuai oleh Dr. Mohd Yazid b. Hanzir, Timbalan Yang Dipertua BKPJM bersama
     2 orang ahli jawatankuasa BKPJM beserta kesemua AJKT Hal Ehwal Wanita Islam .

6. Bekalan makanan sepanjang menunggu di lapangan terbang telah disediakan oleh pihak BKPJM untuk 
     setiap seorang.

7. Kumpulan yang kedua akan dimaklumkan waktu keberangkatannya setelah mendapat arahan terbaru
    dari pihak kedutaan.

8. Kumpulan pertama ( seramai 75 orang ) telah pun berlepas ke Jeddah pada jam 2.30 pagi termasuk pelajar perempuan dan yang berkahwin serta anak masing-masing.

9. 25 orang yang berbaki telah pun berangkat ke Jeddah pada jam 12.30 tengah hari tadi ( 5/2/2011 )


5/2/2011- SABTU

 1. Alhamdullilah kumpulan kedua seramai 73 orang pelajar Ikhwah telah bertolak ke lapangan terbang
     Kaherah pada jam 2 petang tadi.

2. Kumpulan tersebut diketuai oleh Saudara Mohd Faiz b. Mohd Harun, Ketua Unit Pengetahuan dan
    Bimbingan BKPJM 10/11

 3. Waktu penerbangan ke Jeddah masih belum dapat dipastikan dan kesemua mereka sedang menunggu
      giliran di sana.

4. Untuk Maklumat seterusnya akan diberitahu dari masa ke semasa.

Laporan dari Setiausaha BKPJM 10/11

Khamis, 27 Januari 2011

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor 2010/2011

Makluman kepada semua penerima sambungan zakat untuk tahun 2010/2011, sila rujuk nama anda di dalam BKPJM BOX .

1) Sila tuntut cek anda segera di pejabat BKPJM di APJ Rabaah melalui YDP BKPJM 2010/2011.
2) Anda perlu hadir sendiri dengan membawa pasport.
3) Wakil adalah tidak dibenarkan, kecuali bersama surat akuan penama.
4) Tempoh sahlaku cek adalah "Setahun".
5) Sumbangan dari anda untuk Tabung Dana Ehsan BKPJM (TDEB) adalah sangat digalakkan.

* Bagi pemohon baru Zakat & Pinjaman 2010/2011 yang telah ditemuduga (Pengajian Islam & Perubatan), permohonan anda masih dalam proses di Malaysia. Harap Maklum.

Segala pertanyaan dan masalah, sila hubungi YDP BKPJM di talian +20143359855. -aljauhar

Isnin, 17 Januari 2011

Terkini - Pertandingan Cipta Logo 4 Dekad BKPJM !



Bersempena dengan Sambutan 4 Dekad BKPJM ini, Jawatankuasa Pelaksana Program 4 Dekad BKPJM mengumumkan bahawa Pertandingan Cipta Logo 4 Dekad BKPJM telah dibuka. Sesiapa yang berminat dan ingin menyertainya, sila ambil perhatian dengan terma dan syarat yang ditetapkan :
* Terbuka kepada seluruh ahli BKPJM.
* Logo anda mestilah bertemakan “Kesatuan” dan “4 Dekad BKPJM”.
* Saiz logo menggunakan standard A4.
* Menggunakan software tertentu.
* Tetapan resolution sebanyak 300pixel.
* Warna adalah bebas (mengikut kreativiti peserta).
* Sertakan penerangan logo bersama borang.
* Borang penyertaan boleh diperolehi melalui Setiausaha Program dengan harga LE1.
* Dihantar dalam bentuk softcopy (by hand @ email) kepada:
                - Setiausaha Program [ aminx89@yahoo.com ]
                - Atau terus ke pejabat rasmi BKPJM.
* Penyertaan hendaklah sampai kepada pihak terlibat pada atau sebelum 25 Februari 2011.
* Keputusan hakim adalah muktamad.
* Sebarang pertanyaan sila hubungi :
                - Setiausaha Program 4 Dekad BKPJM :                                                 Muhd Amin bin Sailan +20115731891.


Pihak Jawatankuasa Pelaksana mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh ahli BKPJM. Tarikh tutup bagi pertandingan ini adalah 25 Februari 2011. Hadiah menarik juga menanti Juara bagi pertandingan ini. Jadi, tunggu apa lagi? Serlahkan bakat anda disini. "Selamat Mencuba !" -aljauhar