Khamis, 14 Mac 2013

MAKLUMAN ZAKAT DAN SUMBANGAN


Assalamualaikum wbt..
Kepada semua anak-anak Johor di Mesir, alhamdulillah Pejabat HEP Johor Mesir, telah mengeluarkan iklan terbaru mengenai makluman sumbangan dan zakat yang diberikan MAIJ kepada anak-anak Johor.





Iklan di atas ini menunjukkan sumbangan bantuan yang diberikan pihak MAIJ kepada pelajar-pelajar Markaz Bahasa bagi mengurangkan bebanan yang dipikul pelajar untuk membayar yuran. Diminta kepada pelajar yang berkenaan agar menyemak nama di shotbox blog Pejabat HEP Johor ( http://pejabathepjohormesir.blogspot.com/ ) . Diminta pelajar membawa pasport bagi memudahkan urusan.


Sumbangan boleh diambil pada :- Hari Sabtu (16 Mac 2013)
                                                           Pada 4.00 petang di Dewan Hayyu Thamin.






Iklan yang kedua ini pula, merupakan makluman mengenai nama-nama pelajar yang lulus dalam temuduga yang lepas. Minta kepada pelajar-pelajar yang berkaitan menyemak nama di box, bagi mengenalpasti status anda sebagai penerima zakat. (http://pejabathepjohormesir.blogspot.com/ )

Bagi mereka yang layak mendapat zakat, boleh hadir ke Pejabat HEP dalam tempoh 17 hingga 21 MAC 2013 pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.

Sebarang masalah boleh hubungi terus Pejabat HEP Pelajar Johor Mesir.

Ahad, 10 Mac 2013

Sesi Terbaru Temuduga Zakat & Pinjaman Pelajaran


Perhatian kepada semua anak Johor,

Berikut adalah iklan yang dikeluarkan oleh Pejabat HEP Johor Mesir berkaitan dengan temuduga zakat dan pinjaman pelajaran. Temuduga zakat dan pinjaman pelajaran akan diadakan pada :

- 21 Mac 2013, Khamis
- 9.00 pagi - 3.00 petang
- Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah

*Semakan nama boleh di download di blog rasmi Pejabat HEP Johor Mesir :
http://pejabathepjohormesir.blogspot.com/

Khamis, 7 Mac 2013

GOTNG-ROYONG PERDANA



Assalamualaikum wbt...
kepada semua anak-anak johor, di Kaherah.khususnya penghuni rumah Johor Rabaah dan Thamin, InsyaAllah gotong-royong perdana akan diadakan pada Hari Jumaat ini.. Pelajar Ikhwah akan bergotong-royong di Rumah Thamin, manakala Pelajar Akhawat di Rumah Thamin..

Ayuh, sama-sama kita menjayakannya..disamping mengeratkan lagi hubungan antara kita..:)


Ahad, 3 Mac 2013

EXPERT'S 13

Assalamualaikum wbt..

Dakwah itu wajib ke atas semua orang yang bergelar muslim mahupun muslimah. Namun, cara untuk berdakwah ini mempunyai skop yang sangat luas. Antaranya menggunakan lisan, penulisan , dan sebagainya.

Berita gembira buat semua adik-beradik BKPJM. Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPJM menyediakan medium kepada semua untuk belajar kemahiran 'adobe' dan video. Bengkel EXPERT's ini hanya terhad kepada 20 orang ikhwah dan 20 orang akhawat. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan kemahiran dalam dunia seni.

Sebarang penyertaan atau masalah, boleh menghubungi:
PENGARAH, Ust Shaffarin Zainal
TIMBALAN PENGARAH, Ustzh Shuhadah Alam Shah.

"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN"


DISKUSI KITAB


Assalamualaikum wbt..

Buat semua adik-beradik BKPJM, insyaAllah BKPJM menyediakan kepada kita diskusi kitab لإسلام شريعة الزمان والمكان". 


Diskusi ini akan disampaikan oleh, Ustaz Mohammad Naqib bin Bakhudin pada:

-Hari Isnin
-25 FEB 2013
-Bertempat di Dewan Kutub Sittah Asrama Pelajar Johor Rabaah.
-Selepas Maghrib

Ayuh, sama-sama kita mengambil peluang ini bagi mendapat kefaqihan dalam biang ilmu agama..:)


KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN.


PERSIAPAN BAGI HAWA

Assalamualaikum wbt...
kepada semau peserta akhawat yang menyertai ke "TRIP TO ALEXANDRIA" esok. pastikan membawa keperluan-keprluan penting ke sana.. Antaranya adalah, kad pengenalan diri, pasport, kad PMRAM, makanan untuk hari pertama, selimut, baju sejuk, ubatan dan pakaian sukan "t-shirt labuh"..

Selamat menimba pengalaman menaiki keretapi..:)


TENTATIF PENUH ADAM HAWA

Assalamuaalikum wbt..
berikut merupakan tentatif penuh program ADAM HAWA'13 BKPJM.. bagi memberi pencerahan kepada semua mengenai program ini...:)

Ayuh, mari sama-ama kita jayakan..

KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN
MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWAH



Sabtu, 2 Mac 2013

PAKEJ HAWA



Assalamualaikum wbt.. 
Perhatian buat mahasiswi-mahasiswi Johor di Mesir, tidak ketinggalan buat Pelajar-pelajar Perubatan Sains Kesihatan di Iskandariah, yang berminat untuk menyertai HAWA di Iskandariah. Pihak pengurusan HAwa menyediakan kepada anda, beberapa pakej yang menarik.. bagi meraikan semua..:)




MEDAN BAKAT..!!

Assalamualaikum wbt..

Khas buat Akhawat Johor..
Anda berbakat..?? berminat untuk mencungkil bakat dari kemahiran 'adobe', atau penulisan puisi dan cerpen..? 

Lajnah Penerangan dan Penerbitan HEWI BKPJM 12/13 menyediakan kepada anda untuk mencungkil bakal yang terpendam.. Serlahkan bakat anda di dalam program ini..! Hadiah yang menarik menanti anda...:)

Sebarang pertanyaan boleh merujuk:
PENGARAH HAWA, Nur Fatinatul Ezzah Binti Tajudin
+2011791071.

:: TAUTAN UKHUWAH JALINAN MAHABBAH::
  ::MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWAH::

KELAS TAFAQUH FIDDIN




Assalamualaikum wbt..

Makuman kepada semua adik-beradik BKPJM,
InsyaAllah Unit Pengetahuan dan Bimbingan BKPJM 12/13 menyediakan kelas Tafaqquh Fid Din mengikut mingguan.

Kelas ini akan bermula pada:
-Hari Sabtu (16 FEB 2013) - Kitab Jundullah Thaqofatan wa Akhlaqan
-Hari Ahad ( 24 FEB 2013) - sambungan kitab Syamail Muhammadiyah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan thaqofah dan pengetahuan agama dengan mengikuti kelas pengajian yang disediakan ini.

MENINGKATKAN THAQAFAH DAN PENCAPAIAN AKADEMIK AHLI
::KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN::

PIALA EXCO ADAM BKPJM

Assalamualaikum wbt..

Kepada adik-beradik ADAM BKPJM, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai PIALA EXCO BKPJM  bermula pada 10 Feb-21 Feb 2013. Satu kelainan yang kami bawakan kepada anda dengan kepelbagaian acara sukan yang dipertandingkan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Pengarah ADAM , Muhd Ariff Haron +201125001782
Setiausaha ADAM, Luqmanul Hakim Abd Azis +201281153512.

Banyak peristiwa menarik yang bakal menjadi memori anda..:)


"BKPJM Keluarga Kita"
"Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan"






TENTATIF RINGKAS ADAM HAWA


Assalamualaikum wbt..
kepada seluruh adik-beradik BKPJM, kami datangkan kepada anda , ADAM HAWA..!!

ADAM HAWA ini akan bermula dengan Fiesta Thaqafi pada 17 Februari 2013, seterusnya pada 19 hingga 21 Februari, Piala Exco ADAM di Nadi Tala'ik Riadi dan HAWA iaitu Hari Keluarga HEWI di Iskandariah.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk dan menghubungi: 
Muhd Ariff Haron +201125001782
Nur Fatinatul Ezzah binti Tajudin +01117910731

Pasti banyak peristiwa menarik yang bakal anda lalui.. Ayuh bersama kita jayakannya..!!


"BKPJM Keluarga Kita"

"Kefahaman melahirkan gerakan memangkin kesatuan"