Sabtu, 28 Jun 2014

Ramadhan Al-Mubarak dari BKPJM

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Kepada semua.
Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang Istiqomah dalam melakukan amal islami.

"THAQAFAH CEMERLANG KESATUAN GEMILANG"
"MEMPOSISI MAHASISWI BERINTERGRITI MEMBENTUK GENERASI BERSINERGI"



Khamis, 19 Jun 2014

MAKLUMAN PENANGGUHAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM ‘14




Assalamualaikum wrbt.

Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Pra Perkahwinan Islam ‘14 di bawah anjuran Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 13/14 dengan kerjasama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Agama Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor DITANGGUHKAN pada tempoh dan waktu yang akan dimaklumkan semula. Penanguhan ini adalah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan diperingkat Malaysia.

BKPJM juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan juga kepada mereka yang telah mendaftarkan diri dalam Kurus Pra Perkahwinan ini.

Sebarang pemakluman lanjut berkaitan Kursus Pra Perkahwinan ini akan dimaklumkan dan diiklankan sekali lagi setelah mendapat kepastian dari peringkat Malaysia.

Justeru itu, BKPJM memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. BKPJM juga mengharapakan agar semua dapat menerima dengan hati yang terbuka terhadap penangguhan kursus ini.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat dari saya,

Mohamad Syakirin Bin Mohd Khalid
Pengarah,
Kursus Pra Perkahwinan Islam ‘14