Sabtu, 13 Februari 2010

Jadual Madrasah Imam Syafei

Madrasah Al-Imam As-Syafie akan dimulakan pada 10 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu di Rumah Terengganu pada jam 6.30 pagi. Kelas pertama yang akan dikendalikan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazime selaku presiden PMRAM menggunakan kitab Fathul Qarib merupakan sambungan daripada pembacaan yang telah dilaksanakan sebelum peperiksaan. Pengajian lain yang turut dimuatkan adalah seperti berikut :
 
1) Sabtu: Shahrizan Mohd Hazime (Presiden PMRAM)
Kitab - Fathul Qarib

2) Ahad : Ustaz Khairul Anuar Ismail (Penasihat PMRAM)
Kitab – Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah
 
3) Isnin : Ustaz Mohd Azrul Ismail
Kitab - Risalah Al-Mustarshidin, Syarhu Matan Al-Baiquniyyah, Fawaid Makkiyah
 
4) Selasa : Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain
Kitab - Hasyiah Nafahat
 
5) Rabu : Ustaz Mujahid Fadzil
Kitab - Nurul Uyun, Nurul Zholam, Matan As-Sanusi
 
6) Khamis : Ustaz Abdul Aziz Ali (Badan Pengurus PMRAM)
Kitab – Fiqh As-Sirah

Madrasah pada kali ini menampilkan dua pengajian terbaru iaitu Fiqh As-Sirah (Sirah) dan Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah (Tasauf) dengan pengajian lama masih dikekalkan. Jadual pengajian telah diedarkan dan dimaklumkan kepada Exco Pengetahuan PMRAM Cawangan BKAN masing-masing. 

Dijemput kepada semua ahli untuk meramaikan Madrasah Al-Imam As-Syafie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan