Khamis, 15 Disember 2011

ZIARAH MAHABBAH MENJALINKAN UKHUWAH




KAHERAH,12 DISEMBER-Telah diadakan sebuah pertemuan mahabbah di antara barisan kepimpinan  Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor  di Mesir (BKPJM) bersama barisan kepimpinan Keluarga Pelajar Perlis ( KPP) bertempat di surau rumah Perlis pada jam 3.00petang. Perjumpaan dimulakan dengan sesi ta'aruf daripada seluruh barisan kepimpinan BKPJM dan juga KPP. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua BKPJM saudara Muhammad Yazid Bin Hanzir seterusnya ucapan daripada Yang Di Pertua KPP saudara Nurul Iman Bin Abdullah. Tidak ketinggalan juga ucapan daripada Ketua HEWI BKPJM Saudari  Adibah Binti Jamal dan juga ucapan daripada Timbalan Pengerusi HEWI KPP Saudari Fatin Amni.

“ Semoga dengan pertemuan yang julung-julung yang diadakan ini, dapat diteruskan sampai bila-bila. Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Bana : Taaruf yang sebenar ialah bermula dari tasbih kaffarah sehingga alFatihah.Justeru, hubungan antara kita tidak lah hanya sekadar di sini, bahkan dapat diteruskan. Walaupun kita berbeza tempat di utara dan selatan tapi kita membawa misi yang sama iaitu  KITA PMRAM ‘’ kata YDP BKPJM, Dr, Muhammad Yazid bin Hanzir.

Pertemuan di akhiri dengan jamuan daripada pihak KPP dan semoga pertemuan sebegini dapat melancarkan lagi sebarang gerak kerja dan sebarang kerjasama yang akan dijalinkan.