Selasa, 22 November 2016

ARAKAN BAKAL MENJADI GAZA YANG LEBIH PARAH !


Unit Kebajikan & Kemanusiaan BKPJM mengambil cakna dengan mengikuti perkembangan isu semasa terutamanya berkaitan isu kemanusiaan dan menyatakan kekesalan terhadap agensi-agensi dunia, serantau dan ketua-ketua negara terus mendiamkan diri terhadap perkembangan terkini di Myanmar .
Dalam keadaan sekarang Arakan ( Rakhine ) yang diduduki oleh warga rohingya yang merupakan minoriti muslim di Myanmar bakal menjadi lebih parah. Bukan sahaja negara jiran Bangladesh bersekongkol dengan Myanmar untuk menutup sempadan, akses bantuan kemanusiaan juga ditutup disemua laluan, dan kini serangan dilancarkan oleh tentera Myanmar yang melibatkan tentera darat, tentera laut dan tentera udara ke atas warga Rohingya diseluruh daerah Maungdaw.

Hingga saat ini Arakan terus terkepung dan pembunuhan diteruskan oleh operasi tentera Myanmar. Ribuan warga Rohingya , kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian dimana tempat yang selamat untuk mereka.

Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya tidak mempunyai perlindungan samasekali dan tidak memiliki sebarang keupayaan untuk mempertahankan diri.

Bangladesh bertindak persis seperti Mesir. Mesir menutup sempadan dipintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar disepanjang sungai Teknaf. Malah keadaan di Bangladesh lebih buruk bila pelarian Rohingya sering berdepan dengan penangkapan, pemerasan, penyiksaan dan pembunuhan oleh pihak berkuasa Bangladesh itu sendiri.

Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di sungai Teknaf, dihalang oleh tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar. Sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang dibunuh.

Melihat kepada operasi ketenteraan besar-besaran yang sedang dilancarkan di daerah Maungdaw dan kini merebak diseluruh Arakan, genocide dengan skala besar-besaran sedang berlaku.

Puluhan ribu askar Myanmar sudah dihantar ke kawasan berkenaan mengambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam keadaan perang.

Penggunaan senjata berat seperti pelancar roket dan helikopter penyerang adalah petunjuk betapa tentera Myanmar bukan bertujuan untuk memburu kumpulan tertentu tetapi bertujuan untuk menghapuskan semua etnik Rohingya yang berada di seluruh Myanmar.

Pembakaran puluhan perkampungan dan ribuan rumah warga Rohingya termasuk masjid oleh tentara Myanmar sudah menjadi laporan media yang diketahui oleh dunia.

Ratusan orang awam Rohingya yang telah terbunuh termasuk wanita, kanak-kanak dan anak muda. Nampaknya kali ini pembersihan etnik Rohingya sedang dilancarkan membabitkan tentera dan militia Buddhis yang dibekalkan dengan senjata.

Laporan bayi dibunuh dengan kejam dan dicampak ke dalam api yang sedang membakar kampung-kampung Rohingya menunjukkan kezaliman tentera Myanmar sudah berada dikemuncak.

Sementara itu laporan wanita-wanita dirogol oleh tentera dan militia Buddhis sebagai " senjata perang " ( weapons of war ) juga dilapor berlaku.

Keadaan kini jauh lebih parah dari keadaan pada 2012 sebelum ini kerana serangan keatas kampung-kampung Rohingya dilancarkan bersama tentera.

Soalnya dimana Aung Sun Su Kyi ? Dimana Asean, OIC, UN dan EU ?

Kenapa agensi antarabangsa masih membiarkan kezaliman ini berterusan ?

Dunia diam membisu terhadap keadaan ini melambangkan wujud diskriminasi dalam memilih genocide yang mana hendak diberi perhatian. Padahal penindasan terhadap etnik Rohingya ini sudah berlaku puluhan tahun sebelum ini.

Mari doakan buat keselamatan saudara seislam Rohingya.
#prayforrohingya

Disediakan oleh:
Unit Informasi dan Kemanusiaan,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 16/17

Sabtu, 14 November 2015

Senarai Nama Musyrif Yang Telah Dilantik Bagi Sesi 2015/2016






Berikut adalah senarai nama musyrif yang telah dilantik oleh
Unit Kebajikan & Kemanusiaan sesi 2015/2016.
Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada :

* Ustaz Norhalim Bin Lokman ( +201204792685 )
* Ustazah Siti Norfatihah Binti Mohd Anuar ( +201209792753 )


"KEBAJIKAN & PERPADUAN"

Khamis, 12 November 2015

MAKLUMAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT BKPJM SESI 2015/2016



MAKLUMAN AHLI LEMBAGA PENASIHAT 
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR 
SESI 2015/2016



1. Muhammad Amin bin Sailan
2. Muhammad Arif bin Hamzah
3. Mohd Helmi bin Norisham
4. Haslinda binti Ghazali
5.  Hanisah binti Abd Rani