Sabtu, 13 Mac 2010

Piala Exco BKPJM 2010


Piala Exco BKPJM 2010 akan diadakan tidak lama lagi!! Justeru, LKKS BKPJM 09/10 menjemput dan meraikan penyertaan daripada pasukan-pasukan handalan dari seluruh Mesir bagi merebut Piala tersebut. Pertandingan akan diadakan pada hari Khamis, 18 Mac 2010 bermula jam 7.30 pagi. Acara ini akan dianjurkan di gelanggang berhampiran ARMA. Penyertaan setiap pasukan hendaklah disertai 8 orang pemain. Borang pendaftaran boleh didapati di Asrama Pelajar Johor Rabaah melalui Us Muhammad Nur Ahmad (+2 011 2356361). Hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding. Yuran pendaftaran hanya LE 40. Pendaftaran ditutup pada 17 Mac2010 jam 7 malam.

Selain itu, acara-acara sampingan juga akan diadakan.

Antara acara yang menarik(terbuka kepada semua):

sepakan penalti
sepakan percuma

Pelbagai hadiah menarik disediakan:

Juara : Piala Pusingan, pingat, hamper
Tempat ke-2 : Pingat, hamper
Hadiah penyertaan : hamper, pingat

Bersama memeriahkannya!!!

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi :

Sdr Muhammad Nur Bin Ahmad (Ketua LKKS BKPJM 09/10) -> +2 011 2356361

Tarikh tutup pendaftaran : 17 Mac 2010 jam 7 malam.
Wakil kumpulan diminta hadir untuk taklimat pada 17 Mac 2010 jam 9 malam.

3 ulasan:

  1. salam...kenapa iklan tidak cantik???betul2 x cantik....sgt buruk!!!!...jgnla buat ala kadar.rasenyee iklan2 sebelum ni smart.kali nie terlalu buruk..buruk sgt2..dgn warna yg buruk.warna yg kelam..minta d i tukar.ok..maap.teguran utk yg buat iklan.

    BalasPadam
  2. ye la....iklan x cantik...

    tapi kan, adakah kerana iklan? bukan iklan yg menjayakan program ni, tp korang sume ni la.. iklan just maklumat...asalkan org leh paham maklumat..

    so, join la program elok2 n penuh semangat...
    jangan sebab iklan x lawa x join program...mesyi?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..
    betul..ikuti program atau tidak itu bukan kerana iklan,,
    tapi iklan punya aura tersendiri dalam menarik minat orang yang melihat..
    "the meaning of advertise itself is to take not off..to attract attention and produce some response to viewer."
    iklan tu ada "WOW FACTOR!!"

    klu x semenggah setakat orang bleh paham maklumat..
    tulis saja sebagai entry di blog..xperlu iklan..betul x? (^_^)

    sekadar pendapat..
    Maju rakyat Johor!

    BalasPadam