Jumaat, 14 Disember 2012

MAKLUMAN DAN LANGKAH KESELAMATAN SEMASA

Makluman dan Langkah Keselamatan Semasa

Hari Sabtu bersamaan 15 Disember 2012 merupakan hari pembuangan undi bagi pungutan suara kepada draf perlembagaan Mesir yang baru bagi peringkat yang pertama. Pihak PMRAM telah membuat pemerhatian keselamatan setempat dan PMRAM menyimpulkan bahawa keadaan semasa sehingga tamat pungutan suara bagi peringkat yang kedua pada 22 Disember hadapan adalah ditahap berhati-hati.

Oleh yang demikian, PMRAM mengharapkan mahasiswa-mahasiswi untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dari sebarang kemungkinan yang berlaku di tempat-tempat perhimpunan khususnya.

Mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan agar :

1- Elakkan dari menghampiri sebarang perhimpunan terutamanya perhimpunan bersifat konfrontasi antara dua pihak.

2- Elakkan dari berdebat dengan warga tempatan mengenai perlembagaan atau politik semasa Mesir memandangkan isu ini adalah sangat sensitif buat masa ini.

3- Rujuk Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh PMRAM bertarikh 23 Oktober 2012.

4- Hubungi Yang DiPertua atau Pengerusi DPM jika berlaku sebarang masalah, atau terus hubungi Presiden PMRAM di talian +20111 3771841.

Proses pungutan suara rakyat peringkat pertama yang melibatkan 25 juta pemilih di 10 wilayah iaitu Kaherah, Iskandariah, Gharbiyah, Syarqiyah, Daqahliyah, Asyut, Suhaj, Aswan, Utara dan Selatan Sinai.

Kerajaan Mesir telah mengisytiharkan esok bersamaan hari Sabtu 15 Disember 2012 sebagai hari cuti umum serta pejabat dan agensi kerajaan ditutup.

Dikeluarkan oleh : Jabatan Setiausaha Agung. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.

Nombor telefon rasmi BKPJM :

Yang Di-Pertua BKPJM : +2 0111 6452564
Ketua HEWI BKPJM : +2 0112 6320224

Selasa, 11 Disember 2012

SOLAT SUNAT HIFZI SEMPENA IMTIHAN



..:: SOLAT SUNAT HIFZI SEMPENA IMTIHAN ::..


Assalamualaikum wrkt..~



Bersempena dengan imtihan yang bakal tiba, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM akan menganjurkan Solat Sunat Hifzi secara berjamaah pada :



Tarikh : 13, 20 & 27 Disember 2012
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Asrama Pelajar Johor Raba'ah & Hayyu Thamin



*13 Disember 2012, Solat Hifzi di Dewan APJ Raba'ah sahaja*



# Ikhwah digalakkan berserban dan berjubah



Bersama-sama kita bermunajat kepada Yang Maha Esa semoga beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat, Insya-Allah..



"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan, Jana Keizzahan"


PENERANGAN ETIKA MUSYRIF & PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN



Assalamualaikum wbt kepada semua adik-beradik BKPJM !

Slot yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis Penerangan ETIKA MUSYRIF dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan BKPJM akan diadakan seperti berikut :

Selepas Solat Maghrib
13 Disember 2012M | 29 Muharam 1434H
Dewan Rumah Johor Rabaah

Ayuh ambil manfaat di slot ini untuk bertanya soalan-soalan berkaitan etika selaku musyrif, etika selaku yang dimusyrifkan, dan banyak lagi ! Jawapannya ada di sana ! :)

:: Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan ::



Isnin, 10 Disember 2012

SPR PMRAM 2012 berkuatkuasa hari ini.

Pihak Suruhanjaya PilihanrayaPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012 (SPRPMRAM 2012) hari ini mengumumkan bahawasanyaoperasi SPR PMRAM 2012 bagi memilih kepimpinan BadanPengurus PMRAM (BP PMRAMdan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWIPMRAMbagi sesi 2013 mula berkuatkuasa hari ini.

Boleh merujuk web PMRAM untuk maklumat lebih lanjut pada link berikut : Pmram - SPR


Isnin, 12 November 2012

AHLAN WASAHLAN KEPADA DELEGASI KERAJAAN NEGERI JOHOR


Selamat Datang kepada Delegasi Kerajaan Negeri Johor


Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir [BKPJM] 
mewakili seluruh anak-anak Johor di Perlembahan Nil ini mengucapkan :


"Selamat Datang Ke Bumi Mesir" 
kepada Delegasi Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh 
YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang 
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, 
Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor).

Semoga kedatangan pihak delegasi 
memberi impak 
yang baik kepada 
anak-anak Johor di Bumi Mesir ini.

::BKPJM Keluarga Kita::
::Kebajikan & Perpaduan::

Khamis, 8 November 2012

MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR JOHOR DI MESIR BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR


MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR JOHOR DI MESIR 
BERSAMA KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

TERDAPAT DUA TARIKH PERJUMPAAN SEBAGAIMANA BERIKUT :

1)
TARIKH : 13 NOVEMBER 2012 (SELASA)
MASA : 3.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT : HOTEL MAKKAH / MADINAH ISKANDARIAH

2)
TARIKH : 15 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
MASA : 3.00 PETANG - 10 MALAM
TEMPAT : DEWAN IBNU BATUTAH RUMAH JOHOR HAYYU THAMIN KAHERAH

# SEMUA ANAK JOHOR DI MESIR DIJEMPUT HADIR.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN SEMUA


( Sumber : Pejabat HEP Johor Mesir )










Khamis, 18 Oktober 2012

Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM Kali Ke-30


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) 
Kali Ke-30

Tarikh : 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 7:00 Pagi
Tempat : Dewan Wisma Perak Darul Ridzuan (A)


Dijemput hadir kepada seluruh Ahli BKPJM 
samada mahasiswa/wi Pengajian Islam mahupun Perubatan
untuk hadir bersama.


"Kebajikan Dan Perpaduan"

:: Menyemat Izzah Meribat ukhuwah ::
:: Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan ::

Perhatian : Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan penyata kewangan BKPJM boleh didapati di pejabat rasmi BKPJM di Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin bermula 18 Oktober 2012, pada jam 2 petang - 9 malam. Pastikan anda telah menjelaskan yuran BKPJM dan MAT untuk memilikinya.


Ahad, 14 Oktober 2012

CALON AJKT & HEWI BKPJM SESI 2012/2013 DAN HARI BANTAHAN CALON


CALON YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR 
BKPJM SESI 2012/2013






CALON KETUA HEWI DAN HAL EHWAL WANITA ISLAM 
BKPJM SESI 2012/2013






TEMPOH BANTAHAN CALON AJKT DAN HEWI 
BKPJM SESI 2012/2013


Selasa, 9 Oktober 2012

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) BKPJM 2012


Dengan ini dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bagi sesi 2012 mula beroperasi seperti berikut :

Tarikh : 10, 11, 13 & 14 Oktober 2012
Masa : 1.30 pm hingga 5.30 pm
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Hayyu Thamin

"Bersih, Cekap, Adil"

KORBAN 1433H


Jumaat, 28 September 2012

Selamat Menghadapi Imtihan Qobul !


Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH s.w.t dengan nikmat dan kurniannya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat iman dan islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang dicintai dulu, kini dan selama-lamanya.

Pertamanya, ahlan wasahlan diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiwi baru ke pelembahan nil ini, yang telah berkorban meninggalkan tanah air yang tercinta bagi mencari ilmu di Bumi Mesir, Bumi yang penuh barakah, bumi yang menjadi kiblat umat islam sekarang. Perjalanan menuntut ilmu di Bumi Anbiya’ ini merupakan perjalanan yang sangat mulia yang sangat memerlukan kepada mujahadah dan pengorbanan yang sangat tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa ulama-ulama terdahulu sanggup berkorban dan bermusafir beribu-ribu batu demi hanya mencari ilmu seperti Al-imam As-Syafie dan sebagainya.

Mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

Sepertimana yang telah sedia maklum, ujian kelayakan kali kedua yang akan diduduki oleh mahasiswa dan mahasiswi baru akan diadakan bagi melayakkan mereka untuk masuk ke dalam kuliah Universiti Al-Azhar. Dikesempatan ini, saya selaku Ketua Unit Pengetahuan Dan Bimbingan, Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi Imtihan", semoga usaha dan pengorbanan yang anda lakukan dapat menatijahkan suatu keputusan yang di impikan.

Mahasiswa dan Mahasiswi sekalian,

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Doa itu adalah senjata orang mukmim” justeru saya berharap mahasiswa dan mahasiwi baru perlu istiqomah dalam berdoa memohon inayah dan taufiq daripada ALLAH s.w.t setiap waktu dalam keadaan susah dan senang supaya dipermudahkan di dalam segala urusan. Keyakinan yang tinggi perlu disandarkan kepada ALLAH s.w.t selepas usaha dan doa yang telah dilakukan. Segala masalah yang dihadapi oleh para mahasiswa perlu diketepikan dahulu. Fokus untuk menghadapi ujian kelayakan yang akan diambil serta letakkan target dan sasaran yang tinggi dalam setiap perkara, ini kerana Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh sepertimana apabila kita ingin memohon syurga, hendaklah mohon syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi kedudukannya. Moga-moga dengan usaha dan doa kalian akan menghasilkan suatu natijah yang cemerlang. Kami sentiasa mendoakan untuk kejayaan kalian. Untuk akhirnya, ingatlah satu ayat di dalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya Allah saw tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka”(surah Ar-Rad:11)

Selamat Maju Jaya dan Salam Imtihan dari saya,

Norsalam Bin Abu Bakar,
Ketua Unit Pengetahuan Dan Bimbingan,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir 2011/2012.

Jumaat, 24 Ogos 2012

MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN BKPJM



MUNAJAT PERDANA : "SELAMATKAN BKPJM"

TARIKH : 25 OGOS 2012 (SABTU)
MASA : 6:30 PETANG
TEMPAT : DEWAN ASRAMA PELAJAR JOHOR RABA'AH


TENTATIF :
-SOLAT MAGHRIB
-BACAAN HIZIB BAHAR
-SOLAT ISYAK
-SOLAT HAJAT
-PENERANGAN ISU
-SESI DIALOG
-UCAPAN PRESIDEN PMRAM 2012

ANJURAN : BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

SELURUH AHLI PMRAM CAWANGAN BKAN & DPM DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"
"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN"


Rabu, 22 Ogos 2012

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pemangkuan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) yang pulang bercuti ke Malaysia adalah seperti berikut :

1)  Muhammad Affeni Bin Madrom
      Unit Kebajikan dan Tabung Derma
      
      Dipangku oleh:

      Muhammad Syakirin Bin Khalid
      Unit Sambutan dan Rehlah



Segala urusan berkaitan dengan bidang tugas yang berkaitan hendaklah dirujuk kepada pemangku baru bagi jawatan-jawatan tersebut. Pemangkuan ini akan tamat serta merta sekiranya mana-mana pemegang jawatan asal kembali ke Mesir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM yang akan datang.

Sekian, harap maklum.

Sabtu, 4 Ogos 2012

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pemangkuan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa (HEWI) BKPJM yang pulang bercuti ke Malaysia adalah seperti berikut :

1)  Muhammad Saifullah Bin Zolkanain
      Unit Perumahan (Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan)

      Dipangku oleh:

      Norsalam Bin Abu Bakar
      Unit Pengetahuan dan Bimbangan

2)  Nur Aini Binti Muzamil
      Unit Dakwah Dan Tarbiah HEWI

      Dipangku oleh:

      Amira Afina Binti Jamaluddin
      Unit Kebajikan dan Tabung Derma HEWI


3)  Nur Fatinatul Ezzah Binti Tajudin
      Unit Pengetahuan dan Bimbingan HEWI

      Dipangku oleh:

      Hanisah Binti Abd Rani
      Unit Sambutan dan Rehlah HEWI


Segala urusan berkaitan dengan bidang tugas yang berkaitan hendaklah dirujuk kepada pemangku baru bagi jawatan-jawatan tersebut. Pemangkuan ini akan tamat serta merta sekiranya mana-mana pemegang jawatan asal kembali ke Mesir sebelum Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM yang akan datang.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 31 Julai 2012

MALAM MUNAJAT BKPJM



Assalamualaikum..

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah SWT, Insya-Allah, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM akan mengadakan MALAM MUNAJAT BKPJM sempena Ramadan al-Mubarak pada :

TARIKH : 2 OGOS 2012 ( KHAMIS )
MASA : 3:30 PETANG
TEMPAT : DEWAN ASRAMA PELAJAR JOHOR HAYYU 8

TENTATIF :
- Solat Asar
- Tazkirah
- Qasidah Burdah
- Iftar Jama'ie
- Solat Maghrib
- Solat Hajat
- Solat Insya'
- Solat Sunat Tarawih

Semua ahli BKPJM dijemput hadir.

"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN MEMANGKIN KESATUAN"
"MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWAH"


KELAS PENGAJIAN KITAB MATLA'AL BADRIN

Assalamualaikum..

Para pencinta ilmu Allah SWT sekalian, Insya-Allah akan bermula Kelas Pengajian Kitab Matla'al Badrin ( Bab Jenayat ) yang disampaikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Kamal Ariff Bin Mohd Bakri pada :

Tarikh : 1 Ogos 2012 ( Rabu )
Masa : 5 Petang
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah

* Kitab Matla'al Badrin ada dijual di tempat pengajian dengan harga Le5.00

~ ~ ~ ~ ~

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendalami ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga" [ Riwayat Muslim ]

"Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan"
"Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah"

Jumaat, 20 Julai 2012

JADUAL IMAM,BILAL DAN TAZKIRAH IHTIRAM IHYA’ TARBAWI RAMADAN 1433 HIJRAH


JADUAL IMAM,BILAL DAN TAZKIRAH
IHTIRAM IHYA’ TARBAWI RAMADAN 1433 HIJRAH 

TARIKH
IMAM
BILAL
PENTAZKIRAH
20 Julai 2012
Muhammad Yazid Bin Hanzir
Mohammad Yassarudin Bin Samsul
Wakil BP PMRAM
21 Julai 2012
Muhammad Nazeem Bin Zainoddin
Shahrul Ramzi Hanis Bin Abd Rahman
Nuruddin Zanki Bin Hamzah
22 Julai 2012
Muhammad Zulhilmie Bin Omar
Muhammad Asil Bin RAbie
Nur Syafawati Bt Sini
23 Julai 2012
Ahmad Zarif bin Mohd Nasir
Ainuddin Bin Abu Jamil
Norsalam Bin Abu Bakar
24 Julai 2012
Muhammad Firdaous Bin Abdullah
Mohd Dasuki Bin Aris
Mohamad Naqib Bin Bakhudin
25 Julai 2012
Mohamad Ridzuan Bin Mohammad Khalid
Saifullah Bin Abd Wahab
Khairunnisa’ Bt Zulkarnain
26 Julai 2012
Ainuddin Bin Abu Jamil
Izuddin Bin Zakuan
Elyeen Nur Fatehah Bt Mohd Salleh
27 Julai 2012
Usamah Bin Aris
Mohamad Naqib Bin Bakhudin
Firdauz bin Noh
28 Julai 2012
Muhammad Amin Bin Sailan
Faris Bin Samad
Nurul Aziela Bt Mohd Nasir
29 Julai 2012
Fakhrul Iftah Bin Muharam
Muhammad Zulhilmie Bin Omar
Muhammad Nazeem Bin Zainoddin
30 Julai 2012
Mohammad Yassarudin Bin Samsul
Mohd Affeni Bin Madrom
Adibah Bt Jamal
31 julai 2012
Firdauz bin Noh
Muhammad Firdaous Bin Abdullah
Muhammad Yahya Bin Samsul
1 Ogos 2012
Mohamad Naqib Bin Bakhudin
Muhammad Suhaimie Bin Md Nor
Nur Atiqah Bt Roslin
2 Ogos 2012
Mohammad Syakirin Bin Mohd Khalid
Fakhrul Iftah Bin Muharam
Muhammad Yazid Bin Hanzir
3 Ogos 2012
Mohd Affeni Bin Madrom
Mohamad Aidil Firdaus Bin Selamat
Nur Hasyimah Bt Majid
4 Ogos 2012
Muhammad Suhaimie Bin Md Nor
Muhammad Arif Bin Hamzah
Muhammad Zulhilmie Bin Omar
5 Ogos 2012
Muhammad Ayub Bin Azizol
Ahmad Hakimi Bin Lockman
Farah Haziqah Bt Mohd Harun
6 Ogos 2012
Badruddin Bin Abu Jamil
Muhammad Wafiy Bin Musa
Saifullah Bin Abd Wahab
7 Ogos 2012
Muhammad Arif Bin Hamzah
Norsalam Bin Abu Bakar
Nurhaslinda Bt Gazali
8 Ogos 2012
Mohamad Redzuan Bin Mohd Johari
Mohamad Ridzuan Bin Mohammad Khalid
Herlina Bt Syarial
9 Ogos 2012
Muhammad Wafiy Bin Musa
Muhammad Bin Talib
Mohammad Yassarudin bin Samsul
10 Ogos 2012
IHTIRAM PMRAM
11 Ogos 2012
12 Ogos 2012

13 Ogos 2012
Shahrul Ramzi Hanis Bin Abd Rahman
Ahmad Hakimi Bin Abd Rahim
Ahmad Daniel Bin Mohmad Hassan
14 Ogos 2012
Saifullah Bin Abd Wahab
Muhammad Nazeem Bin Zainoddin
Besek Rahimah Bt Azman
15 Ogos 2012
Ahmad Hakimi Bin Abd Rahim
Muhammad Hafidz Bin Md Lotpe
Usamah Bin Aris
16 Ogos 2012
Muhammad Zulhilmie Bin Omar
Muhammad Amin Bin Sailan
Widad Fitriah Bt Aris
17 Ogos 2012
Muhammad Yazid Bin Hanzir
Mohammad Yassarudin bin Samsul
Muhammad Nazeem Bin Zainoddin







-         - UNIT DAKWAH & TARBIAH MENGADAKAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN.
-       -   PROGRAM INI AKAN DIADAKAN DI APJ4
-        -  DIHARAP AHLI-AHLI BKPJM YANG TERSENARAI NAMANYA DI JADUAL DI ATAS HARAP DAPAT MEMBERI KERJASAMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN.
-         - SEMOGA RAMADHAN PADA TAHUN MEMBERIKAN KEBERKATAN  KEPADA  KITA

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT DAKWAH DAN TARBIAH BKPJM 2011/2012