Rabu, 24 Februari 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW


Assalamualaikum WBT. Insya Allah, pada 25 dan 26 Februari 2010, Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 09/10 akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah. Pelbagai acara menarik akan diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan kita kepada Junjungan Besar Yang Mulia Nabi Muhammad SAW. Antara acara menarik yang akan diadakan ialah bacaan Qasidah, Ceramah Perdana, dan Qiamullail. Jamuan juga akan disediakan. Marilah kita bersama-sama mempamerkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan meramaikan lagi majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Khairul Anwar Bin Tajuddin di talian +2 014 8191861.

Tentatif program:

25 Feb : selepas Asar : Bacaan Qasidah, ceramah, jamuan.

26 Feb : jam 3 pagi : Qiamullauil, jamuan.

Khamis, 18 Februari 2010

Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 ke Muhafazah


Jaulah AJKT & HEWI BKPJM 09/10 akan berlangsung pada tarikh 20 hingga 22 Februari 2010. Justeru, BKPJM menjemput semua pelajar Johor yang berada di segenap pelusuk bumi Mesir, tidak kira pelajar Perubatan mahupun Pengajian Islam, untuk mengambil peluang keemasan ini untuk bertanya dan meluahkan segala permasalahan dan perasaan serta tanda tanya yang terbuku di minda.

Jadual perjalanan adalah seperti berikut.

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 9.00 pagi - Zaqaziq - Markaz DPM Zaqaziq

20 Februari 2010, Sabtu, Jam 3.00 petang - Mansura - Markaz DPM Mansura

21 Februari 2010, Ahad, Jam 9.00 pagi - Tanta - Markaz DPM Tanta

22 Februari 2010, Isnin, Jam 9.00 pagi - Iskandariah - Markaz DPM Iskandariah

22 Februari 2010, Isnin, Jam 8.00 malam - Dumyat - Tempat akan dimaklumkan kemudian

Kehadiran kalian semua dinanti.
Soalan kalian kami dengari.
Permasalahan kalian kami simpati.
Keperluan kalian kami penuhi.
Kewujudan kalian kami hargai.
Kalian semua tetap di hati.
Mudah-mudahan Allah memberkati.
Ukhuwah kita kekal abadi.
Moga thabat di jalan Ilahi.

Jumpa di sana!!!

Sabtu, 13 Februari 2010

Jadual Madrasah Imam Syafei

Madrasah Al-Imam As-Syafie akan dimulakan pada 10 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu di Rumah Terengganu pada jam 6.30 pagi. Kelas pertama yang akan dikendalikan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazime selaku presiden PMRAM menggunakan kitab Fathul Qarib merupakan sambungan daripada pembacaan yang telah dilaksanakan sebelum peperiksaan. Pengajian lain yang turut dimuatkan adalah seperti berikut :
 
1) Sabtu: Shahrizan Mohd Hazime (Presiden PMRAM)
Kitab - Fathul Qarib

2) Ahad : Ustaz Khairul Anuar Ismail (Penasihat PMRAM)
Kitab – Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah
 
3) Isnin : Ustaz Mohd Azrul Ismail
Kitab - Risalah Al-Mustarshidin, Syarhu Matan Al-Baiquniyyah, Fawaid Makkiyah
 
4) Selasa : Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain
Kitab - Hasyiah Nafahat
 
5) Rabu : Ustaz Mujahid Fadzil
Kitab - Nurul Uyun, Nurul Zholam, Matan As-Sanusi
 
6) Khamis : Ustaz Abdul Aziz Ali (Badan Pengurus PMRAM)
Kitab – Fiqh As-Sirah

Madrasah pada kali ini menampilkan dua pengajian terbaru iaitu Fiqh As-Sirah (Sirah) dan Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah (Tasauf) dengan pengajian lama masih dikekalkan. Jadual pengajian telah diedarkan dan dimaklumkan kepada Exco Pengetahuan PMRAM Cawangan BKAN masing-masing. 

Dijemput kepada semua ahli untuk meramaikan Madrasah Al-Imam As-Syafie.

Selasa, 9 Februari 2010

Ekspedisi Tarbawiah Semenanjung Sinai kembali lagi


Tawaran menarik!!! Ekspedisi Tarbawiah Semenanjung Sinai kembali lagi. Dengan tiket berharga hanya LE 240, anda akan dibawa ke pelbagai lokasi yang menarik seperti Ahmed Hamidi Tunnel, Hamam Firaun, Uyun Nabi Musa, Jabal Musa, Maqam Nabi Harun, dan macam-macam lagi.

Pelbagai acara menarik juga akan diadakan.

Tarikh Ekspedisi ialah pada 15-17 Februari 2010.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila berhubung dengan saudara:

Muhammad Khaidir Bin Hanizan (+2011 876 1772)

atau

saudara Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal (+2011 731 4298)