
Assalamualaikum WBT. Insya Allah, pada 25 dan 26 Februari 2010, Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKPJM 09/10 akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bertempat di Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah. Pelbagai acara menarik akan diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa kecintaan kita kepada Junjungan Besar Yang Mulia Nabi Muhammad SAW. Antara acara menarik yang akan diadakan ialah bacaan Qasidah, Ceramah Perdana, dan Qiamullail. Jamuan juga akan disediakan. Marilah kita bersama-sama mempamerkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan meramaikan lagi majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Khairul Anwar Bin Tajuddin di talian +2 014 8191861.
Tentatif program:
25 Feb : selepas Asar : Bacaan Qasidah, ceramah, jamuan.
26 Feb : jam 3 pagi : Qiamullauil, jamuan.