Assalamualaikum wrbt.
Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Pra
Perkahwinan Islam ‘14 di bawah anjuran Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di
Mesir 13/14 dengan kerjasama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Johor, Jabatan
Agama Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor DITANGGUHKAN pada tempoh
dan waktu yang akan dimaklumkan semula. Penanguhan ini adalah atas beberapa faktor
yang tidak dapat dielakkan diperingkat Malaysia.
BKPJM juga mengucapkan terima kasih atas
sokongan dan juga kepada mereka yang telah mendaftarkan diri dalam Kurus Pra
Perkahwinan ini.
Sebarang pemakluman lanjut berkaitan Kursus
Pra Perkahwinan ini akan dimaklumkan dan diiklankan sekali lagi setelah
mendapat kepastian dari peringkat Malaysia.
Justeru itu, BKPJM memohon maaf di atas segala
kesulitan yang berlaku. BKPJM juga mengharapakan agar semua dapat menerima
dengan hati yang terbuka terhadap penangguhan kursus ini.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat dari saya,
Mohamad Syakirin Bin Mohd Khalid
Pengarah,
Kursus Pra Perkahwinan Islam ‘14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan