Khamis, 14 Mac 2013

MAKLUMAN ZAKAT DAN SUMBANGAN


Assalamualaikum wbt..
Kepada semua anak-anak Johor di Mesir, alhamdulillah Pejabat HEP Johor Mesir, telah mengeluarkan iklan terbaru mengenai makluman sumbangan dan zakat yang diberikan MAIJ kepada anak-anak Johor.





Iklan di atas ini menunjukkan sumbangan bantuan yang diberikan pihak MAIJ kepada pelajar-pelajar Markaz Bahasa bagi mengurangkan bebanan yang dipikul pelajar untuk membayar yuran. Diminta kepada pelajar yang berkenaan agar menyemak nama di shotbox blog Pejabat HEP Johor ( http://pejabathepjohormesir.blogspot.com/ ) . Diminta pelajar membawa pasport bagi memudahkan urusan.


Sumbangan boleh diambil pada :- Hari Sabtu (16 Mac 2013)
                                                           Pada 4.00 petang di Dewan Hayyu Thamin.






Iklan yang kedua ini pula, merupakan makluman mengenai nama-nama pelajar yang lulus dalam temuduga yang lepas. Minta kepada pelajar-pelajar yang berkaitan menyemak nama di box, bagi mengenalpasti status anda sebagai penerima zakat. (http://pejabathepjohormesir.blogspot.com/ )

Bagi mereka yang layak mendapat zakat, boleh hadir ke Pejabat HEP dalam tempoh 17 hingga 21 MAC 2013 pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.

Sebarang masalah boleh hubungi terus Pejabat HEP Pelajar Johor Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan