Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Bersyukur kita ke hadrat ALLAH s.w.t dengan nikmat dan
kurniannya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat iman dan
islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang
dicintai dulu, kini dan selama-lamanya.
Pertamanya, ahlan wasahlan diucapkan kepada mahasiswa dan
mahasiwi baru ke pelembahan nil ini, yang telah berkorban meninggalkan tanah air
yang tercinta bagi mencari ilmu di Bumi Mesir, Bumi yang penuh barakah, bumi yang
menjadi kiblat umat islam sekarang. Perjalanan menuntut ilmu di Bumi Anbiya’ ini
merupakan perjalanan yang sangat mulia yang sangat memerlukan kepada mujahadah
dan pengorbanan yang sangat tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa ulama-ulama
terdahulu sanggup berkorban dan bermusafir beribu-ribu batu demi hanya mencari
ilmu seperti Al-imam As-Syafie dan sebagainya.
Mahasiswa dan mahasiswi sekalian,
Sepertimana yang telah sedia maklum, ujian kelayakan kali
kedua yang akan diduduki oleh mahasiswa dan mahasiswi baru akan diadakan bagi
melayakkan mereka untuk masuk ke dalam kuliah Universiti Al-Azhar. Dikesempatan
ini, saya selaku Ketua Unit Pengetahuan Dan Bimbingan, Badan Kebajikan
Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi
Imtihan", semoga usaha dan pengorbanan yang anda lakukan dapat menatijahkan
suatu keputusan yang di impikan.
Mahasiswa dan Mahasiswi sekalian,
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Doa itu adalah senjata
orang mukmim” justeru saya berharap mahasiswa dan mahasiwi baru perlu
istiqomah dalam berdoa memohon inayah dan taufiq daripada ALLAH s.w.t setiap
waktu dalam keadaan susah dan senang supaya dipermudahkan di dalam segala
urusan. Keyakinan yang tinggi perlu disandarkan kepada ALLAH s.w.t selepas usaha
dan doa yang telah dilakukan. Segala masalah yang dihadapi oleh para mahasiswa
perlu diketepikan dahulu. Fokus untuk menghadapi ujian kelayakan yang akan
diambil serta letakkan target dan sasaran yang tinggi dalam setiap perkara, ini
kerana Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk melakukan sesuatu perkara itu
dengan bersungguh-sungguh sepertimana apabila kita ingin memohon
syurga, hendaklah mohon syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi
kedudukannya. Moga-moga dengan usaha dan doa kalian akan menghasilkan suatu
natijah yang cemerlang. Kami sentiasa mendoakan untuk kejayaan kalian. Untuk
akhirnya, ingatlah satu ayat di dalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya
Allah saw tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka”(surah Ar-Rad:11)
Selamat Maju Jaya dan Salam
Imtihan dari saya,
Norsalam Bin
Abu Bakar,
Ketua Unit
Pengetahuan Dan Bimbingan,
Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir 2011/2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan