Selasa, 30 November 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIJ

Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama delegasi daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sempena kedatangan mereka ke sini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
                                       Tarikh          :        5 Disember 2010 (Ahad)
                                       Masa           :         5 petang
                                       Tempat        :         Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah

Seluruh mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan dijemput hadir. Jamuan akan disediakan sebelum majlis bermula.

Sekian untuk makluman.

Ahad, 14 November 2010

Sambutan Aidiladha BKPJM 1431H

Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir 10/11 akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H. Butiran perjalanan program adalah seperti berikut :

Penyembelihan Kali Pertama (Kambing Kacang)
Tarikh : 16 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama pelajar Johor Rabaah
Masa : 12.30 tengahari

Penyembelihan Kali Kedua  (Kharuf dan Lembu)
Tarikh : 17 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 7.00 pagi

 Majlis Sambutan Aidiladha 1431H
Tarikh : 17 November 1431H bersamaan 11 Zulhijjah 1431H
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Johor Rabaah
Masa : 2.40 petang
Tentatif :
2.40 petang : Azan Asar dan Solat Asar Berjemaah
3.10 petang : Majlis Bacaan Qasidah dan Burdah
5.00 petang : Solat Maghrib Berjemaah
5.30 petang : Ceramah Sempena Aidiladha 1431H oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Hanif Bin Naim
6.20 petang : Solat Isha' Berjemaah
6.40 petang : Pengenalan AJKT & AJK HEWI BKPJM 10/11
                   : Ucaptama Yang DiPertua BKPJM 2010/2011
                           oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Miftahul Ulum Bin Syed Mustafa Kamal
                   : Sesi Cadangan dan Muhasabah
                   : Jamuan

Jumaat, 12 November 2010

Sambutan Ulang Tahun BKPJM Ke-28

 Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) akan mengadakan majlis kesyukuran sempena Ulang Tahun BKPJM Kali Ke-28. Butiran Majlis Sambutan adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H

Tempat : Asrama Pelajar Johor Rabaah

Masa : 5.00 petang

Tentatif :
1. Solat Maghrib berjemaah di Dewan APJR
2. Solat Hajat Perdana
3. Bacaan Doa Selamat
4. Tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Firdauz Noh, YDP BKPJM 2008/2009
5. Jamuan

Kehadiran semua ahli BKPJM amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Kebajikan Dan Perpaduan"