
Piala Exco BKPJM 2010 akan diadakan tidak lama lagi!! Justeru, LKKS BKPJM 09/10 menjemput dan meraikan penyertaan daripada pasukan-pasukan handalan dari seluruh Mesir bagi merebut Piala tersebut. Pertandingan akan diadakan pada hari Khamis, 18 Mac 2010 bermula jam 7.30 pagi. Acara ini akan dianjurkan di gelanggang berhampiran ARMA. Penyertaan setiap pasukan hendaklah disertai 8 orang pemain. Borang pendaftaran boleh didapati di Asrama Pelajar Johor Rabaah melalui Us Muhammad Nur Ahmad (+2 011 2356361). Hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding. Yuran pendaftaran hanya LE 40. Pendaftaran ditutup pada 17 Mac2010 jam 7 malam.
Selain itu, acara-acara sampingan juga akan diadakan.
Antara acara yang menarik(terbuka kepada semua):sepakan penalti
sepakan percuma
Pelbagai hadiah menarik disediakan:Juara : Piala Pusingan, pingat, hamper
Tempat ke-2 : Pingat, hamper
Hadiah penyertaan : hamper, pingat
Bersama memeriahkannya!!!Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi :
Sdr Muhammad Nur Bin Ahmad (Ketua LKKS BKPJM 09/10) -> +2 011 2356361
Tarikh tutup pendaftaran : 17 Mac 2010 jam 7 malam.
Wakil kumpulan diminta hadir untuk taklimat pada 17 Mac 2010 jam 9 malam.