Selasa, 24 November 2009

Forum Kecemerlangan Mahasiswa ASEAN 2009


Pihak PMRAM di bawah seliaan Badan & Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa (BPKB & UPKB) akan menganjurkan FORUM KECEMERLANGAN MAHASISIWA ASEAN (FOKUS 09). Program tersebut akan dilaksanakan pada hari Rabu 25 November 2009. Program yang akan bermula jam 5 petang itu akan diadakan di Rumah Selangor Haiyyu Asyir.

Forum tersebut akan menampilkan 3 penalis yang akan mewakili 3 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura yang mana mereka merupakan antara yang terhebat di dalam dunia pendidikan. Di samping itu, akan diadakan juga pelancaran Gerak Gempur Pendidikan (GEGAR 09) yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Presiden PMRAM. Semua mahasiswa Pengajian Islam dan Perubatan untuk hadir. - www.pmram.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan