Selasa, 1 Mei 2012

MAKLUMAN PENUKARAN NOMBOR TELEFON YANG DIPERTUA BKPJM




Adalah dimaklumkan bahawa nombor telefon Yang DiPertua BKPJM telah ditukar daripada +20114 3359858 kepada +20111 6452564. Sebarang urusan yang berkaitan, sila hubungi nombor telefon yang baru. Harap Maklum.

Khamis, 19 April 2012

MAKLUMAN PENUKARAN LEMBAGA PENASIHAT BKPJM



Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan terdapat beberapa perubahan di dalam anggota Penasihat BKPJM 2011/2012 disebabkan beberapa perkara :

1. Perletakan jawatan Ustaz Nuruddin Zanki bin Hamzah
2. Kepulangan Ustzah Herlina binti Syarial ke Malaysia

Justeru berdasarkan Bab Kelima Fasal 18 Undang-undang Tubuh BKPJM maka AJKT BKPJM bersetuju untuk melantik :

1. Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku BP Angkat Johor untuk menggantikan
    Ustaz Nuruddin Zanki bin Hamzah sebagai anggota Penasihat BKPJM.
2. Ustazah Khairunnisa binti Zulkarnain untuk memangku jawatan Ustazah Herlina
    binti Syarial sebagai anggota Penasihat BKPJM.


Sekian dimaklumkan.


"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"

"Kebajikan dan Perpaduan"

Selasa, 17 April 2012

SOLAT SUNAT HIFZI



Assalamualaikum..

Untuk makluman kepada seluruh ahli BKPJM, ikhwah mahupun akhawat, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM 11/12 akan mengadakan Solat Sunat Hifzi secara berjamaah pada :

Hari - Setiap hari Khamis.
Tarikh - 19 & 26 April 2012.
Masa - Selepas solat Isyak.
Tempat - Dewan Asrama Pelajar Johor Thamin

... Bersama-sama kita bermunajat kepada Yang Maha Esa semoga beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

..::Kecemerlangan Akademik Kualiti Utama Mahasiswa::..