Hari Sabtu bersamaan 15 Disember 2012 merupakan hari pembuangan undi bagi pungutan suara kepada draf perlembagaan Mesir yang baru bagi peringkat yang pertama. Pihak PMRAM telah membuat pemerhatian keselamatan setempat dan PMRAM menyimpulkan bahawa keadaan semasa sehingga tamat pungutan suara bagi peringkat yang kedua pada 22 Disember hadapan adalah ditahap berhati-hati.
Oleh yang demikian, PMRAM mengharapkan mahasiswa-mahasiswi untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dari sebarang kemungkinan yang berlaku di tempat-tempat perhimpunan khususnya.
Mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan agar :
1- Elakkan dari menghampiri sebarang perhimpunan terutamanya perhimpunan bersifat konfrontasi antara dua pihak.
2- Elakkan dari berdebat dengan warga tempatan mengenai perlembagaan atau politik semasa Mesir memandangkan isu ini adalah sangat sensitif buat masa ini.
3- Rujuk Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh PMRAM bertarikh 23 Oktober 2012.
4- Hubungi Yang DiPertua atau Pengerusi DPM jika berlaku sebarang masalah, atau terus hubungi Presiden PMRAM di talian +20111 3771841.
Proses pungutan suara rakyat peringkat pertama yang melibatkan 25 juta pemilih di 10 wilayah iaitu Kaherah, Iskandariah, Gharbiyah, Syarqiyah, Daqahliyah, Asyut, Suhaj, Aswan, Utara dan Selatan Sinai.
Kerajaan Mesir telah mengisytiharkan esok bersamaan hari Sabtu 15 Disember 2012 sebagai hari cuti umum serta pejabat dan agensi kerajaan ditutup.
Dikeluarkan oleh : Jabatan Setiausaha Agung. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.
Nombor telefon rasmi BKPJM :
Yang Di-Pertua BKPJM : +2 0111 6452564
Ketua HEWI BKPJM : +2 0112 6320224