Jumaat, 14 Disember 2012

MAKLUMAN DAN LANGKAH KESELAMATAN SEMASA

Makluman dan Langkah Keselamatan Semasa

Hari Sabtu bersamaan 15 Disember 2012 merupakan hari pembuangan undi bagi pungutan suara kepada draf perlembagaan Mesir yang baru bagi peringkat yang pertama. Pihak PMRAM telah membuat pemerhatian keselamatan setempat dan PMRAM menyimpulkan bahawa keadaan semasa sehingga tamat pungutan suara bagi peringkat yang kedua pada 22 Disember hadapan adalah ditahap berhati-hati.

Oleh yang demikian, PMRAM mengharapkan mahasiswa-mahasiswi untuk sentiasa menjaga keselamatan diri dari sebarang kemungkinan yang berlaku di tempat-tempat perhimpunan khususnya.

Mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan agar :

1- Elakkan dari menghampiri sebarang perhimpunan terutamanya perhimpunan bersifat konfrontasi antara dua pihak.

2- Elakkan dari berdebat dengan warga tempatan mengenai perlembagaan atau politik semasa Mesir memandangkan isu ini adalah sangat sensitif buat masa ini.

3- Rujuk Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh PMRAM bertarikh 23 Oktober 2012.

4- Hubungi Yang DiPertua atau Pengerusi DPM jika berlaku sebarang masalah, atau terus hubungi Presiden PMRAM di talian +20111 3771841.

Proses pungutan suara rakyat peringkat pertama yang melibatkan 25 juta pemilih di 10 wilayah iaitu Kaherah, Iskandariah, Gharbiyah, Syarqiyah, Daqahliyah, Asyut, Suhaj, Aswan, Utara dan Selatan Sinai.

Kerajaan Mesir telah mengisytiharkan esok bersamaan hari Sabtu 15 Disember 2012 sebagai hari cuti umum serta pejabat dan agensi kerajaan ditutup.

Dikeluarkan oleh : Jabatan Setiausaha Agung. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.

Nombor telefon rasmi BKPJM :

Yang Di-Pertua BKPJM : +2 0111 6452564
Ketua HEWI BKPJM : +2 0112 6320224

Selasa, 11 Disember 2012

SOLAT SUNAT HIFZI SEMPENA IMTIHAN



..:: SOLAT SUNAT HIFZI SEMPENA IMTIHAN ::..


Assalamualaikum wrkt..~



Bersempena dengan imtihan yang bakal tiba, Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM akan menganjurkan Solat Sunat Hifzi secara berjamaah pada :



Tarikh : 13, 20 & 27 Disember 2012
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Asrama Pelajar Johor Raba'ah & Hayyu Thamin



*13 Disember 2012, Solat Hifzi di Dewan APJ Raba'ah sahaja*



# Ikhwah digalakkan berserban dan berjubah



Bersama-sama kita bermunajat kepada Yang Maha Esa semoga beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat, Insya-Allah..



"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan, Jana Keizzahan"


PENERANGAN ETIKA MUSYRIF & PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN



Assalamualaikum wbt kepada semua adik-beradik BKPJM !

Slot yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis Penerangan ETIKA MUSYRIF dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan BKPJM akan diadakan seperti berikut :

Selepas Solat Maghrib
13 Disember 2012M | 29 Muharam 1434H
Dewan Rumah Johor Rabaah

Ayuh ambil manfaat di slot ini untuk bertanya soalan-soalan berkaitan etika selaku musyrif, etika selaku yang dimusyrifkan, dan banyak lagi ! Jawapannya ada di sana ! :)

:: Kefahaman Melahirkan Gerakan Memangkin Kesatuan ::



Isnin, 10 Disember 2012

SPR PMRAM 2012 berkuatkuasa hari ini.

Pihak Suruhanjaya PilihanrayaPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012 (SPRPMRAM 2012) hari ini mengumumkan bahawasanyaoperasi SPR PMRAM 2012 bagi memilih kepimpinan BadanPengurus PMRAM (BP PMRAMdan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWIPMRAMbagi sesi 2013 mula berkuatkuasa hari ini.

Boleh merujuk web PMRAM untuk maklumat lebih lanjut pada link berikut : Pmram - SPR